Keputusan Perlawanan Akhir Pusingan Kedua Piala AFF Suzuki 2010|Indonesia vs Malaysia


Keputusan Perlawanan Akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2010 antara pasukan Indonesia menentang Malaysia , eyriqazz meramalkan kemenangan bakal berpihak kepada pasukan Malaysia dengan keputusan :

Indonesia 0-2 Malaysia

Yieza, semestinya pasukan Sang Harimau mahu membaham Sang Garuda. Aksi mantap Malaysia akan diteruskan lagi, dan saya mengharapkan agar kedua-dua gol kali ini disumbangkan :

NorShahrul Idlan Talaha, sengat Sang Pengantin Baru Masih berbisa dan sukar ditandingi

Inilah pemain Malaysia kegemaran saya yang berasal dari Terengganu(tempat lahirku) dan kini bermain untuk Pasukan Kelantan (Gomo Kelate Gomo, selalu bergomo dengan Si isteri yang berasal dari Kelantan di gelanggang hangat..hik3..)

Sama-sama kita sokong pasukan Malaysia malam nanti, semoga Stadium Gelora Bong Karno, Jakarta digegarkan dengan jaringan gol pemain Malaysia.

Chaiyok,chaiyokk, Malaysia Boleh. Kembalikan maruah bola sepak Malaysia dipersada antarabangsa.

Perlawanan Akhir Pusingan Kedua Piala AFF Suzuki 2010 dinanti-nanti
Indonesia vs Malaysia perlawanan yang menarik sekali
Semoga kejayaan buat pasukan kebangsaan diperolehi
Kalau menang, mana tahu hari khamis Malaysia diistiharkan Hari Cuti?
Tentu seronok rasa dihati
Kemeriahannya lebih dirasai

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Keputusan Perlawanan Akhir Pusingan Kedua Piala AFF Suzuki 2010|Indonesia vs Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.