Blue Bay Resort Lumut

by eyriqazz on 10 December 2010

in Alisya, family, hotel review, travel

Beberapa minggu lepas, kami menginap di Blue Bay Resort Lumut semasa graduation adik di Uitm Sri Iskandar, Perak. Inilah gambar yang sempat diambil dan review dari saya:
Blue Bay Resort LumutDSC03474
Pemandangan dari Koridor (resort ni kalau tak silap 4-5 tingkat saja)´╗┐
Blue Bay Resort LumutDSC03473
Di dalam Bilik (kami amik katil single 2 as katil Queen are more expensive)
Blue Bay Resort LumutDSC03471
Pintu depan
Blue Bay Resort LumutDSC03472
Katil di Blue Bay Resort
Blue Bay Resort LumutDSC03482-crop
Including breakfast tapi bukan buffet, just order dari 2-3 pilihan yang diberi
Blue Bay Resort LumutDSC03475
Pemandangan mengadap Swimming Pool di waktu Malam
Blue Bay Resort LumutDSC03478 Blue Bay Resort LumutDSC03479
Kasut Papa Pun Alisya nak cuba?
Blue Bay Resort LumutDSC03480 Blue Bay Resort LumutDSC03481
Ruang Makan , Breakfast
Harga menginap satu malam kami malam itu adalah RM140 untuk dua katil single, kalau ambil katil Queen RM180, rasanya harga musim cuti sekolah. Tapi dapat goverment diskaun (wife kakitangan kerajaan, jadi RM120 semalam)
Feedback saya pasal hotel ini :
1) Harga agak mahal jika dibandingkan dengan hotel-hotel lain sekitar Lumut dan biliknya biasa saje. Kemudahan wifi ada tapi tidak dapat access masa itu.
2) Parking agak berbau dan bangunan rasanya patut di cat baru supaya nampak lebih cantik dan seronok dipandang.
3) Hotel bertaraf 3 bintang dan honestly, ini antara hotel/resort yang tidak menepati citarasa kami in term of price & quality.
Adakah saya akan berkun´╗┐jung ke sini lagi?
Yes, jika feedback saya diambil kira dan improvement dilakukan. If not, tak kot, boleh perolehi hotel yang lebih memuaskan dengan harga yang lebih murah di Lumut, jadi, faham-fahamla. Saya booking sini dulu pun coz last minute dan ini saja hotel yang ada kekosongan time tu.
Apapun, lain padang lain belalang, Other review boleh terjah sini : Blue Bay Resort Lumut Reviews

P/s : Pentingke pemilihan hotel yang bagus ketika bercuti? Apa ‘consideration’ yang akan anda buat sebelum memilih sesuatu resort/hotel?

  • Ieda Al-Habsyi 10 December 2010 at 7:11 am

    kalau dok satu malam, saya suka amik bajet hotel tapi kalau nak selesa dok kat marina bay kot, hehehe :)

  • Kancilbiru 10 December 2010 at 7:18 am

    ye ke? plan nak booking kat hotel ni jugak untuk konvo adik…

    nasib tak booking lagi…hehee

  • a n a s t a s y e a 10 December 2010 at 7:21 am

    anastasyea rasa .. memang penting. Kalau bilik panas .. kemudahan asas tak ada .. baik tak payah bercuti. Dok kat rumah lagi bagus =)

  • Yutaka Mushimura 10 December 2010 at 7:36 am

    betul bro..hotel nih kureng siket….

    sy pon ade dok hotel nih…kadang2 terkenang tempat kerje lama….heheheh…

  • Watie Rose 10 December 2010 at 7:55 am

    aiseyman…silap sy tak roger2 ari tu , lau tak leh dpt tempat lagi cun dari blue bay tu..stay area sri manjung lagi best per..anyway, next time lau dtg sitiawan-sri manjung-lumut-pangkor, bgtau lah boleh eden surveykan…

  • /Dayah//Nurul/ 10 December 2010 at 8:17 am

    penting. book hotel kalao tak tahu tmpt tu seboleh2nya bila musim cuti sekolah selalunya penuhhhhhh

  • anyss 10 December 2010 at 9:11 am

    Salam,
    Kalau dah tak ada pilihan dan terdesak, memang tak boleh buat apa dah. Tapi kalau ada pilihan, bolehlah tanya Inche Google dulu. Tapi kalau hotel budget ni, jarang ada website kecuali ditulis oleh blogger2.

    Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

  • hazman aka species1980 10 December 2010 at 9:38 am

    yeap…. staf kerajaan memang dapat DISKAUN untuk hotel2…..

  • Nadia arRumaisha 10 December 2010 at 1:07 pm

    setuju…kalau buat sedikit baikpulih..pasti lebih ramai yg berkunjung ke sana…

  • phatgurl 10 December 2010 at 2:59 pm

    salam bro eyriqazz.. lama x ketemu. seronoknye cuti skolah lelama bleh jejalan ek. slamat mengabiskan sisa-sisa cuti la ye..ihiks. ;-)

  • Tn.Punya 10 December 2010 at 10:58 pm

    aku pernah ada pengalaman tidor dihotel ayam (ala-ala pelacur ) dibali gara-gara lupa nak booking hotel awal.. akibatnya satu malam tidor macam pelarian dengan kipas takda.. pintu kalau sepak boleh pecah dengan bilik air yang memang kotor.. disebabkan dah takda tempat nak tido .. tahan je semalam dekat situ.. pagi2 check out cari hotel lain..

    Moral: kalau nak g melancong pastikan booking hotel awal.. pengalaman yg tak dapat di lupakan sampai mati bro..

  • fawwaznuha 14 December 2010 at 6:39 am

    saya pernah tinggal di bluebay 6 bulan hehe..tpi menyewa lah bbukan hotelnya..selain bilik penginapan ada apartment juga..RM1000++ sebulan..
    memang mahal kat bluebay ni..baru saya tau rate hotel dia..kolam renang dia kadang2 hijo..dorang buang air kolamnm tu direct je ke bawah tpt parkg keta..
    pasal makanan pula…hmm mostly pekerjanya indon..x berani la nk komen lebih2 hehe

  • Ali ridha 15 December 2010 at 1:02 pm

    Pemandangan sungguh misteri apabila lihat di waktu malam.

  • SYANI 19 December 2010 at 1:57 pm

    Saya paling penting kebersihan. Kalau toiletnya kotor.. eii geli lar… Saya pun nak pi lumut minggu depan.

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

Previous post:

Next post: