Aku Masih Dara| Betulke Masih Dara?

Aku MaSih Dara

Wah, 2 hari lagi Filem Aku Masih Dara ni bakal ditayangkan.Hik3, dah lama tak layan movie melayu tapi tajuk cerita ni nampak macam best aja. Plus Mak mertua dan bapa mertua datang sini,bolehla jagakan Alisya dan bolehla saya berdating dengan isteri sambil menonton wayang.

Sinopsis Aku Masih Dara

Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang. 

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’. Lakonan  Raja Farah (Sofea Pelakon Utama) Reanna, Farid Kamil, Dian P.Ramlee, Rahim Jailani, Riezman Khuzaimi dan Kuna..  – Kredit SINI – 

Lebih lanjut Terjah Entri INI : Filem Aku Masih Dara
Memang plan nak menonton bersama Isteri, dah lama sangat tak layan movie melayu, last time tengok movie melayu rasanya Filem Talentime arahan Yasmin Ahmad. Best tak filem Aku Masih Dara ni ya?
P/s : Alahai, tajuk mengancam laju je kan nak pi tengok? Dushh, dushh….Ada Apa dengan Dara ?
P/s/s : Bila pula cerita Aku Masih Teruna nak keluar ya? Hik3…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Aku Masih Dara| Betulke Masih Dara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.