Tips Blogging | Komen Oh Komen

Salam dari Eyriqazz,
Dah lama tak berkongsi tips blogging. Maaf, saya masih merasakan sayani blogger ‘Cap Ikan Ayam Goreng’ dan masih belum layak untuk berkongsi tips on blogging tapi saya akan cuba juga. Berkongsi tips ini dari pengalaman, pembacaan dan feedback dari rakan-rakan dan pembaca.
Tips yang saya ingin sentuh hari ini adalah :

Komen Oh Komen
Suka tak bila ada orang komen blog/entry kita? Tentu suka kan? Quote dari “KakInakL ” Seronok bila ada orang komen blog, lebih2 lagi bila dah ada lebih dari 10 komen”. Angkat tangan sesiapa yang tak suka orang komen di blog nya. Bila orang komen,maksudnya orang tu suka baca entry kita dan mengomen. Bukan mudah nak minta orang komen.
Namun, sedarkah anda dan saya juga sendiri, part satu lagi iaitu Part membalas komen. Penting ke membalas komen ni? Ohh, saya tujukan kat diri saya sendiri juga kerana banyak tak membalas komen pembaca atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Issh, boleh terima ke alasan ni?
Tipsnya Mudah saja, Balasla komen Pembaca. Mungkin bagi platform cam blogspot ni ada kekurangan sedikit kerana komen yang dibalas tidak di e-mailkan kembali kepada pengomen/ komen tu tidak berada di bawah komen itu tak seperti di WordPress Platform. Namun, jangan jadikan ianya sebagai alasan, balasla komen pembaca sebagai tanda penghargaan mereka mengomen. Ramai pengomen akan singgah kembali untuk membaca balasan komennya. Dari situla berkembangnya loyal readers dan pengomen rasa lebih dihargai dan lebih teruja untuk komen di masa hadapan.
Ini feedback dari rakan-rakan saya/pembaca yang pernah saya jumpa pasal balas komen ni:
Cimon – Aku suka singgah blog minah yang popular dan Cun melecun tu. Tapi skang dah kurang skit, komen-komen aku langsung dia tak balas. Buang karen je, baik aku pi singgah blog lain. (ehh, merajuk Cimon?). Apapun ,tak ke dah rugi sorang loyal readers tu?
Rakan Isteri – Saya baca blog Eyriqazz@GTO. Suka,suka, pernah komen tapi dia tak balaspun. Huk3, kenapa ya?
Mr. X/Eyriqazz – Aku suka baca blog xyz, dia rajin balas komen dan komen2 yang dia balas aku suka. Baca komen-komen dia pun dah teruja buatnya.
Itulah, lain padang, lain belalang. Lain pembaca, lain ragamnya. Ada yang suka komen mereka dibalas, ada yang tak kisah. Lainla anda blogger popular cam Hanis Zalikha , tak balas komenpun orang masih suka menyinggah.
Cuba perhatikan bloggers popular ini yang rajin membalas komen, komen-komen di blog mereka pun banyak , antaranya MelromeoYanmieOnline, CikMin, CikguDahlia, Mat Gebu, dan Darkbatman . Returning visitors will increase your unique visitors kan? Ianya seperti Kill 2 birds with one stone, u happy terima lebih banyak komen dan pengunjung bertambah. Tak percaya, terjahla blog mereka, hits blog mereka pun bukan calang-calang, average 2K+ sehari.
So, rajin-rajinlah membalas komen pembaca. Bukan senang nak suruh orang mengomen dan hargailah mereka sebaiknya. InsyaAllah, sayapun akan cuba rajin-rajinkan diri untuk membalas komen, jika tidak, anda tegurla saya juga ya? Syok sendiri dalam menulis pun tak best juga kan?
Itula give and take namanya. Orang memberi, kita membalas. Mereka happy andapun gembira. Cuba-cuba praktikkan dan tengok kesannya in long term. Trust me, ur visitors will increase ..
P/s : Pentingke bagi anda penulis itu membalas komen dari anda? Kenapa ianya penting?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

78 thoughts on “Tips Blogging | Komen Oh Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.