Pedas tapi Sedap

Pedas Tapi Sedap
Entry yang begitu menyentuh hati, terasa kepedasannya namun sedap.Thanks to Kak jie atas entrynya : Bila Kak Jie Dah Membebel . Extract skit,minta ampun kakjie, tidak mintak kebenaran terlebih dahulu :
” Blog peribadi telah berubah menjadi  anak syarikat Nuffnang.   Earning > BE > trafik > visitors > pageview > dan akhirnya blog peribadi menjadi duplicate Metro atau Kosmo.

Apabila anda mula hilang fokus, menulis ( tulis ke ) blog kepada hal bukan datangnya dari jiwa dan diri sendiri , hanya memenuhi keperluan ‘update’ semata² – lama kelamaan kebosanan dan keletihan mengejar ‘dateline’ target untuk sentiasa ingin melihat peningkatan earning berlaku.”
Dussh, sedikit sebanyak terkena atas batang hidung sendiri. Hak3, ok,ok saya ngaku saya pun kadang-kadang terarah ke sana namun saya cuba sesuaikan mengikut minat agar saya selesa menulis dan tidak hilang minat menulis.
Apapun, lain padang lain belalang kan? Ada orang lebih selesa membaca berita akhbar, ada orang langsung tak baca berita online dan bila ada update di blog, mereka lebih selesa terjah sana. Pilihan di tangan masing-masing, yang penting hati gembira.
Tepuk dada, tanya selera. Pilhan dan cara masing-masing. Humility in Oneself, Respect for Others adalah sebaiknya. Asalkan apa yang ditulis tidak menghilangkan kebosanan dan selesa, itula sebaiknya. Banyak blog di luar sana i.e. blog artis sumbernya datang dari MStar,Harian Metro, or etc cuma diolah dengan gaya sendiri.
Thanks Kak Jie.I wish i can write like you. Sungguh indah membaca entry-entry Kak jie.
P/s : Peace No War. Yakinilah dan tulisla mengikut keselesaan anda. Tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Pedas tapi Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.