Pantun Happy Anniversary Buat Isteri

Saya dedicatekan Pantun Ini buat Isteri saya sempena Our 3rd Anniversary today :
23 November 2007 kita diijabkabulkan
Hari Jumaat, hari yang bahagia
Detik terindah masih segar dalam ingatan
Dikau bergelar Isteri, detik teristimewa
Isteri tersayang sudah semestinya
Mengajar aku erti sebuah keluarga bahagia
Tanpamu aku terumbang-ambing meniti usia
Usia yang semakin bertambah oh dah ramai yang memanggil Uncle pula
3 tahun usia perkahwinan kita
Pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi ,Alhamdulillah kita masih bersama
Maafkan abang tersalah perbuatan dan bahasa
Abang hanya manusia biasa

Kehadiran Alisya penyeri hidup kita
Keletah yang comel , perangai yang sukar diduga
Terimakasih Tuhan atas anugerah tidak terhingga
 Kami semakin gembira dan dimurahkan rezeki dengan kehadirannya

Oh Mama asyik bertanya
Papa next year, berikan adik untuk Alisya ya?
Susah juga untuk ku menjawabnya
Kerana ilmu kebapaan belum cukup di dada
Doakan kami semoga terus bahagia
Menjadi Ibu dan Bapa yang berjaya
Mendidik anak ke arah yang terbaik untuk masa depan mereka
Dimurahkan rezeki dan gembira sehingga hujung nyawa
P/s : Jika takut dilanda bah, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut mendirikan rumah tangga, jangan cuba-cuba nak tackle anak dara orang pula.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

43 thoughts on “Pantun Happy Anniversary Buat Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.