Lagi Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Masih Ingatkah lagi Kisah Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit ? Teruja juga dapat hangitkan Kak Ina KL last time , dan sekali lagi weekend lepas eyriqazz berjaya menghangitkan seorang lagi blogger popular. Mahu tangis dibuatnya di dia. Inilah kisahnya :
Mula-Mula Pasang Perangkap

Eyriqazz : Hutang Adik Saya bila Mau Bayar (Cam gaya Ah Long pula)
Sudah Mula terperangkap . Siapa Ni? Nak Cari Siapa Ya?
Eyriqazz : Ni Stacykan dari ….  ?…teruskan baca sendiri..

Mungkin Si Dia sudah terasa risau yang amat, dia membuat panggilan .
Panggilan Diterima. Sengaja tidak diangkat…Kasi jerat lebih mengena

Dia mula bertambah risau, hantar satu lagi mesej :
Marah Nampak? Betoi ke tak order tudung dari Adik Saya?

Dia telefon lagi, saya angkat dan layan :

DIA : Hello, ni siapa?
Eyriqazz : Awak order tudung ngan adik saya. Bila Mahu bayar?
Dia : Bila saya beli?
Eyriqazz :Buat tak ingat pula, Awak order online dengannya. Adalah dalam 100 pasang.Ewah2,pandai beli taknak bayar. Dah poskan buat-buat taktau.
Dia : Ehh, mana ada saya order, siapa nama adik?
Eyriqazz :Azlin…kenal?
Dia : Apa nama web dia?
Eyriqazz : Eyriqazz.Com
Dia : Arghhh…Hak3 (gelak sakan). Sampai ati Eyriq buat Kak Yan Camni, menggigil2 Kak Yan tau pasal hutang-hutang ni. Dahla baru sampai rumah….Ha…Ha..Hangit betulla eyriq ni…Jgn buat lagi tau..
Eyriq : Akan buat lagi…Hik3, Inilah orangnya terkena panggilan hangit…

Kak Yan di YanmieOnline.Com .
Jom terjah, hits dia kalahkan Eyriqazz tau. Memang mantap dan mengancam dengan tips-tips dan entry yang best dan menarik hati.

P/s :Amcam, menjadi tak panggilan hangit eyriqazz?

P/s/s : Who’s Next? 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

56 thoughts on “Lagi Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.