KWSP | Kadar caruman dinaikkan semula kepada 11 peratus

Kadar caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus


KUALA LUMPUR: Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari 2011. 

Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010. – Sumber Berita Harian  

Bagusla dinaikkan, saya pun tak ambil kadar 8% masa ianya diumumkan, simpanan untuk masa depan. On the other note, lunch petang tadi sempat lunch bersama seorang manager di pejabatku, gajinya around RM15 ribu. Katanya kos sara hidup sekarang ni begitu cepat naik , wang mengalir bagaikan air. Masuk lambat, keluar cepat je….

P/s : Itu yang gaji 15K, kalau yang macam saya gaji bersih tak sampai 3k lebih terasa kan? Camne pula yang gaji bawah 2k? Bawah 1K? Entahlah, negara kaya dengan hasil sumber bumi namun only segelintir kecil rakyat yang merasa kemewahan itu. 

*** Apa pandangan anda pula pasal kenaikan kos sara hidup masa kini??

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

10 thoughts on “KWSP | Kadar caruman dinaikkan semula kepada 11 peratus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.