Kenduri Kahwin Kak Ngah

Hari Ahad yang lepas, kami menghadiri majlis kenduri kahwin Kak Ngah @ Anak Pengasuh Alisya. Memang baik pengasuh Alisya, sampaikan kalau time hantar, kadang-kadang taknak balik, di sana ramai kawan. Dlm pukul 1130 pagi sampaila di sana.

Alisya dan Kak Ngah ( bakal cikgu ni)
Menanti Pengantin Lelaki
Sama cantik, sama padan
Raja dan Ratu sehari disambut meriah
Perjalanan Sebagai Suami Isteri Bermula
Saya perhatikan kenduri kahwin sekarang macam sudah jadi satu trend hidangan makanan selain nasi minyak mesti ada hidangan lain pencuci mulut seperti bubur kacang,kuih muih dan sebagainya. Pastu,kalau dulu orang bagi bunga telur,sekarang ni macam-macam, kuih, gula-gula, dan pelbagai lain. Oh, teringat nostalgia kahwinku 3 tahun yang lepas.
Buat Kak Ngah, Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahagia ke akhir hayat bersama pasangan tersayang. Perjalanan masih jauh di hadapan menanti. Terima kasih kerana menjaga dan juga mengajar Alisya.
P/s : Bercadang untuk beli rumah ketiga kami dalam masa 3-5 tahun nanti. Isteri perlu, rumah ke rumahtangga? Jangan nak mengada-ngada,dua rumah tak cukup ke? Belikan Honda Accord untuk Sayang dulu sebelum beli rumah ketiga.Hik3, kuat juga cemburu Si Isteri ya?
P/s/s : Today is Our 3rd Anniversary. Tak sangka, pejam celik sudah 3 tahun usia perkahwinan kami. Perlu belajar lagi untuk jadi suami/bapa yang terbaik. Love u Sayang….
Kenduri Kahwin disambut gembira
Pengantin senyum, gembira nampak di raut muka
Namun saya kesian melihat situasi semasa
Ramai yang lambat kahwin kerana faktor kewangan, faktor utama
*** Bestke Kahwin Ni? Tentula best kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Kenduri Kahwin Kak Ngah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.