Ikea Swedish Meatballs

Semalam selepas menghadiri ‘TM Everyone Connect Birthday Batch’ di The Curve, isteri mengajak ke IKEA pula. Mengidam Swedish Meatballs katanya. Sayangkan isteri,saya turut-turutkan, orang dah mengidam, kenalah turutkan, kan?Psst,mengidam bukan sebab tutttt yaaa…..
Sampai sana, ramai giler tengah beratur.Sabar-sabar,setelah menunggu, akhirnya dapatla juga order :
๏ปฟIKEA Swedish Meatballs (Nyam,nyam,teruja hati- gambar diambil dengan Sony TX5)

10 Biji untukku, set 5 biji untuk isteri (gambar diambil dengan Sony TX5)
Sedang-sedang makan, ada request (So,ambil la gambar dengan iPhone 4, cantik juga kan? )
Sedap dan memang bestttย (gambar diambil dengan iPhone 4)

harga IKEA Swedish Meatballs, Set 5, RM5,Set 10 biji =RM10 , Set 15 biji = RM15

Namun,di hari Promosinya iaitu hari selasa, set untuk 10 hanya RM8. Isteri dan saya memang sukakan IKEA Meatballs, rasanya yang terbaik di KL ni. Rating saya berikan 8.5/10 . Isteri cakap,rakan-rakannya kalau time hari Jumaat selalu singgah IKEA untuk pekena Meatball. Hik3, kuat betul aura Meatballs dari IKEA ni ya? .
P/s : Pernah try IKEA Swedish Meatballs? Apa pandangan anda pula?๏ปฟ

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

33 thoughts on “Ikea Swedish Meatballs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.