Happy Birthday Mak

Entry kali ini kutujukan khas untuk Ibuku.Harini birthday ibuku yang ke 49. Terdetik hatiku untuk menulis entry pasal ibuku bila membaca entry dari Cik Epal yang bertajuk Hargai Ibu Anda Sementara Dia Masih Hidup .Kadang-kadang kita mudah lupa.As the word goes, “U never know what u have until u lost it”.I already lost my dad, mak,semoga umurmu panjang. Sebelum terlambat,inginku ucapkan :
happy birthday Pictures, Images and Photos
Happy Birthday Mak, U are the best Mum in the World
Walaupun aku tahu ibuku mungkin tak baca entry ni,aku tetap akan menulis.Yerla,ibuku mana pandai buka komputer dan internet ni.Bagiku yang penting,aku dapat coretkan apa yang aku tak mampu luahkan dengan kata-kata.
Ibuku dan Anakku,antara insan yang paling kusayangi
Besar pengorbanan seorang ibu.Dari kecil membesarkan ku sehingga la aku dewasa.Ingat lagi kata-kata ibuku kepada isteriku , “Man ni kuat nangis masa bayi/kecil,ayah kena bawa pusing naik motosikal satu kampung barulah senyap dan tertidur”.Sekarang bila aku dah mempunyai anak sendiri barulah aku faham apa yang ibuku maksudkan.Tidak mudah menjadi seorang ibu,patutlah Syurga di tapak kaki ibu.
Ibuku banyak bekorban untukku sekeluarga.Kami bolehla dikategorikan dalam keluarga susah namun ibuku sanggup korbankan segalanya demi kami sekeluarga. Ayam,durian,dan makan di luar adalah suatu yang ”luxury” suatu ketika dahulu.Namun,ibuku masih berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak dan keperluan kami sekeluarga.
Ibuku juga bekerja sebagai pembantu rumah di bandar suatu ketika dulu.Kemas rumah,basuh baju,lap lantai dan sebagainya untuk mendapatkan sesuap nasi untuk kami sekeluarga.Aku sedar semasa kecil dan meningkat remaja,aku seorang anak yang nakal,degil dan suka memberontak.Lebih-lebih lagi bila aku tak dapat seperti apa yang rakanku dapat.Biasalah,jiwa remaja.Mudah tersentuh dan bergelora.Sebabtula kalau dilihatkan kebanyakan yang terlibat dengan Mat Rempit adalah golongan remaja.
Ibuku sanggup tak makan asalkan anak-anaknya dapat makan.Ibuku sanggup berhujan hantar anak-anak ke sekolah.Ibuku sanggup tebalkan muka pinjam duit dengan jiran-jiran dan keluarga terdekat demi membayar yuran pelajaranku.Ibuku sanggup lawan cakap ayahku semata-mata mahu aku dihantar ke sekolah terbaik (ayahku mahukan aku belajar di sekolah agama,ibuku mahukan aku pergi teknik,ternyata pilihan ibuku tepat).Kalau nak disebutkan selebihnya,sampai aku mati pun tak terhabis nak tulis pengorbanan ibuku.
Ibu,terimakasih kerana menjadi ibuku.Kaulah Ibu terbaik di dunia ini .Semoga ibu panjang umur dan berbahagia selalu.Happy Birthday , Mak…I Love U Forever….
**Recycle entry tahun lepas+some editing. Better than never kan?
P/s : Hargailah jasa Ibu Kita.Pengorbanan mereka terlalu besar.Biarlah mereka meniti usia tua mereka dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan.Sebagai anak,cubalah sebaik mungkin untuk mengembirakannya. Kasih Ibu untuk anak tiada tolok bandingnya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Happy Birthday Mak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.