Geramnya Aku dengan Budak Cecek Nii…

Geramnya Aku dengan Budak Cecek Nii…

Sejak cuti sekolah ni dan Mamanya menjadi Surirumah sepenuh masa, masak juga kami melayan kerenah budak kecil(cecek) ni. Apa taknya :
1) Perkataan paling digemarinya “tak nak”.Suruh makan ubat, taknak. Ajak mandi, taknak. Suruh makan ‘tak nak’
2)Suka sangat suruh Papa dan Mama bukakan peti sejuk. Bukan nak makan mana pun,”nak,nak”. Bila kasi, tak makan.
3) Susah nak tidur. Skangni pukul 12-1 pagi pun bukan reti nak tidur.terpaksalah kami buat pura-pura tidur sekali, barula dia nak tidur.
4) Suka kacau dan sepahkan mainan. Main kejap, sepah sana sini. Bosan agaknya, rumah pengasuh ramai kawan. Rumah sendiri, Mama dan Papanya saja yang ada.
Alisya nak kawan ke? Alisya boring main sorang,sorang. Nantilah ya Alisya, malam ni Papa :

Mahu Kasi Surprise kat Mama lagi. Nak bawa satu tempat Istimewa

Psst,tempat istimewa tu bukan tempat kami exercise la. Gembira dapat surprisekan Mama 2 hari lepas for “Our Romantic Dinner sempena 3rd Anniversary” . Tak sempat updatekan lagi pasal tu.
P/s :  Sayangkan anak, berilah kasi sayang yang terbaik. Sayangkan Isteri, gembira-gembirakan hatinya, tak gitu?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Geramnya Aku dengan Budak Cecek Nii…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.