≡ Menu
Hari ke 5, MySelangorStory, perjalanan kami bermula dengan membuat lawatan  ke : 

Pusat Perubatan | Tropicana Medical Centre [ Official Medical Centre ]
Bangunan yang cantik dan Tersergam Indah
Kami disambut oleh  Puan Hayati Abdul Rahman (Account Manager, Marketing & Community Relations)Tropicana medical Centre dan dipecahkan kepada 2 Kumpulan 
Terasa tenang dan begitu mesra Pelanggan
Khusyuk mendengar taklimat/ucapan yang diberikan

Pelbagai Lokasi dilawati antaranya Wad Anak Anak, Tropicana Zoo, dan Wad Kesihatan. Begitu bersih dan dijaga rapi
Rehabiliation Centre, International Patient Centre, dan lokasi lain yang dilawati
Tempat pengumpulan Semen, ICU,Wad bersalin juga kami lawati
P/s : Kelakar bila Alid cakap, tempat kumpul semen  “Filem Cinta ada ke”. Umm, tak pastila pula

Nurse yang peramah, gambar-gambar yang menenangkan dan Informasi yang berguna

Tempat Stress Test, Tempat bersenam untuk fisioterapi juga disediakan

Kemudahan disini memang terbaik dan salah satu hospital swasta yang terkenal dalam membantu pasangan yang sukar untuk mendapatkan anak. I think AzuanZahdi should try this place.

Pelbagai kemudahan disediakan di Tropicana Medical Centre, lebih lanjut boleh la referkan di Official websitenya : http://www.tropicanamedicalcentre.com/ 

Honestly, saya sudah beberapa kali berada di hospital antaranya Hospital Kerajaan di Terengganu ketika kemalangan jalan raya, Tawakal Hospital ketika membuat pembedahan Hernia, Subang Jaya Medical Centre ketika kemalangan motosikal, dan Ampang Puteri Medical Centre ketika Isteri bersalin.

So, pandangan peribadi saya, pemilihan hospital yang baik amatlah bagus bagi mempercepatkan proses pemulihan dan kesihatan yang lebih lebih sejahtera. Saya nampak Tropicana Hospital, facility dan staffnya begitu membuatkan saya tertarik hati untuk singgah ke sini lagi di suatu hari nanti andainya ditimpa sesuatu. harap-harap tidakla, tapi kata orang sediakan payung sebelum hujankan?

Satu nasihat yang bagus dari wakil Tropicana Hospital, belilah Insurans kesihatan ketika masih muda, bayarannya lebih murah dan bagi menjamin kos rawatan di masa hadapan. Saya tahu peritnya tanpa insurans kerana ayah saya tiada insurans dan terpaksa berulang alik ke hospital kerajaan dengan masa menunggu yang agak lama untuk mendapatkan perkhidmatan. 

Feedback/suggestion saya buat Tropicana Medical Centre bagi menarik lebih ramai pesakit memilih Pusat Perubatan Ini :

1) Kerjasama dengan lebih berkesan dengan syarikat Insurans bagi membolehkan Pihak Insurans meletakkan Pusat Perubatan ini sebagai salah satu hospital panel.

2) Promosi yang lebih berkesan. Tidak semestinya journal ataupun majalah kesihatan ,kerana orang yang sakit biasanya tidak baja journal-journal ini. Bolehla mempromosikan di Blog Advertising Company yang semakin dipercayai contohnya Nuffnang

3) Pakej promosi “Health Screening” .Ramai orang yang tidak buat health screening kerana memikirkan kosnya yang agak mahal, termasuklah diri saya sendiri. Namun, biasanya , sakit datang ,bila sudah ditahap yang agak sukar untuk diubati. Jadi, inisiatif awal dapat membantu pesakit.

4)  Contest kesihatan yang menarik diadakan dari masa ke semasa. I.e. Contest menulis Pengalaman Peribadi Di Hospital, detik terindah di hospital dan sebagainya.

Tropicana Medical Centre tempatnya cantik dan selesa
Suasana tenang ,bersih,selesa dan sesuai untuk keadaan pesakit supaya cepat sembuh hendaknya
Layanan yang mesra itulah yang orang semua mahu dan tergoda
Saya syorkan Tropicana Medical Centre, sekali singgah sudah jatuh cinta

P/s : Pentingtak dalam membuat pilihan yang terbaik bagi memilih Pusat Perubatan yang bakal kita pergi?
***Buat semua pembaca, harap dapat undi Eyriqazz di SINI



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • suffer8zine 7 October 2010 at 1:21 pm

    ade kene mengene ngn tropicana life ke ni :P

  • ArELeEz 7 October 2010 at 3:52 pm

    penting tu mmglah penting & i’m sure sume org nak dptkan service t’baik dlm bab2 kesihatan & p’ubatan nih. tp, mungkin kos memainkan peranan besar jugak. & ade yg masih xtau psl insuran kesihatan mungkin. well.. this is just my opinion la..

  • kulanz 7 October 2010 at 2:33 pm

    wah, jauh perjalanan ni bro.. sekarang dah sampai Tropicana Medical Centre plk..

  • Sumijelly 8 October 2010 at 12:19 am

    so far spital yg pernah aku pergi pun Hospital Pusrawi, Kerajaan, HUKM jer…

    tak pernah lagi pergi hospital yg mahal-mahal…hehehe

    ikut kemampuan gak kan?? walaupun kerajaan murah, tp klau pandai cari mesti leh dpt yg selesa..hehehe

    Sumijelly.com

  • Eyriqazz 8 October 2010 at 2:45 am

    @ suffer8zine:tropicana life?umm..kurang pastila pula..

    @kulanz :hik3..dah lama sampai…flash backwardje…

    @ArELeEz :yup..i think hospital patut buat kempen kesedaran pasal kepentingan membeli insurans..better late,than neverkan?

    @Sumijelly :setuju..bukan tak suka hospital goverment..tapi some places to crowded n queue terlalu panjang untuk dptkan rawatan…I have been there dan pengalaman itu mengajar untuk mencari hospital yang lebih baik.biar lebih mahal,namun puas hati..lagipun,itulah gunanya insurans kan?skangni company tanggung lagi..but i think need to buy mine too

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

    WP-SpamFree by Pole Position Marketing

Leave a Comment

WP-SpamFree by Pole Position Marketing