Testimoni Detox Foot/Foot Patch

Ini semua gara-gara entry Kancilbiru| Wow! Ada orang nak bagi Detox Foot Pad Percuma la.. dan AfraYuri . Actually, teruja nak try produk ni masa pergi Uptown Shah Alam semasa MySelangorStory last time. Tapi, entah camne entah,  tak jadi nak beli.
Beberapa hari yang lepas, Isteri pulang dengan membawa pulang satu paket (sepasang) Foot Detox. Dia beli senyap-senyap takut saya marah coz saya memang tak suka Isteri beli benda-benda merapu ni. Hik3, plan asal dibelikan untuk dirinya , tapi saya pula yang teruja dan mahu mencuba. Oh, sebelum tu, ini bukan iklan berbayar, ini adalah testimoni peribadi dari saya .
RM7 ringgit satu pasang, mahal juga kan?
Betulke Boleh Buang toksin? Umm, Cam tak percaya je…
Malam pertama mencuba, memuaskan hati. Rasa lebih bertenaga dan lebih segar. Tidak puas hati, suruh isteri belikan lagi, malam kedua mencuba dan inilah hasilnya :
Yuyy,, Gelinyaa..Apa yang hitam-hitam tu?
kalau dilihatkan di websitenya http://www.raudhah4u.com ianya adalah :
Betulke itu kesan toksik yang diserap?
Entah, saya pun tak berani nak mengiyakan. Kena tanya doktor ataupun pakar yang lebih arif. Kan kalau saya cakap betul, tetiba salah, susah juga kan?
Oklah, testimoni saya. Malam kedua kesan hitamnya berkurang dari malam pertama. Antara kesan positif yang saya rasai dua malam mencuba foot detox ini adalah rasa lebih bertenaga, tidur lebih lena, bangun tidur lebih mudah tersedar, badan rasa lebih ringan,sakit kepala berkurang, badan rasa lebih sejuk , selera makan bertambah (hak3), dan kencing rasa lebih lawas …
Apapun, kesahihan toksin tu saya tak berani nak cakap cuma saya seronok menggunakan produk ini dan saya dah suruh isteri belikan lagi untuk mencuba di Malam ketiga. Pengalaman Malam Ketiga mungkin berbeza dari Malam pertama dan Kedua kan? Hik3…Nanti saya updatekan lagi ya..
Try dan cubalah sendiri.Tepuk dada, seluk poket dan kalau nak beli,beli…Foot detox ni rasanya ada dlm pelbagai jenama dan pilihlah yang terbaik agar tidak tertipu. Cam saya gunakan Raudhah de’ Foot Patch ni, walaupun harganya agak mahal, namun saya puas hati. Quality and Quantity mestilah seiring kan? Lebih lanjut lagi, terjah la official websitenya : http://www.raudhah4u.com
P/s : Pernah cuba ke Detox foot/ foot patch ni?Apa pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Testimoni Detox Foot/Foot Patch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.