Saya Kecewa Dengan Sinar Harian

Salam dari Eyriqazz,

Entry Terima Kasih Dari Mak Ngah dan Berita Sedih dari Kampung | Sumbangan Anda Diperlukan dirujuk. Sekadar meluahkan perasaan hati, saya betul-betul :

Kecewa Dengan Sinar Harian

Taglinenya bukan main gah lagi iaitu “Suara Cakna Komuniti Anda” . Prihatin dan bagusnya??. Ok, inilah kisahnya :

1) Selepas entry saya itu, wakil dari Sinar Harian datang ke rumah Mak Ngah ketika bulan puasa untuk mengukur size baju Mak Ngah dan anak-anak untuk bantuan baju raya. Bukan main gembira Mak Ngah sekeluarga time itu.

2) Seminggu sebelum raya, Mak Ngah menelefon wakil Sinar Harian itu, jawapan diberikan , akan ditransferkan duit ke akaun anak mak ngah (no. akaun diberikan)

3) Raya menjelma, tiada apa yang diterima. Wang mahupun bantuan baju raya.Hampir berderai air mata saya bila mendengar berita itu. Saya bersabar, mungkin lepas raya kot , almaklumlah mungkin sibuk dengan banyak bantuan yang perlu diberikan.

Balik Kampung weekend lepas selepas sudah lebih sebulan raya, tiada khabar berita dari Sinar Harian. Mak Ngah saya pun sudah kecewa dengan Sinar Harian. Kenapa memberikan harapan apabila janji tidak dikota? Saya benar-benar kecewa dengan Sinar Harian, sikap acuh tak acuh pegawainya telah mengguris hati Mak Ngah saya. Harapan yang diberi rupanya omong-omong dan janji kosong.

P/s : Saya tekad, saya Kecewa dan saya akan cuba untuk tidak akan membeli Akhbar Sinar Harian lagi. Kalau tidak mahu beri bantuan kepada Mak Ngah, janganlah cuba menabur janji dan beri harapan kosong. Jangan kerana Mak Ngah sudah menjadi ibu tunggal dan orang miskin, hatinya dipermain-mainkan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

38 thoughts on “Saya Kecewa Dengan Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.