Satay Hut Lagi Sedap dari Satay Kajang

Selepas di bawa menyaksikan Pemandangan mempesonaย Kelip Kelip Kampung Kuantan, kami di bawa pula “Supper”ย  di :
Satay Hut Tanjong Karang
Kusyuk Pelayan Menyediakan Sate Hut Serta Ketupat Untuk Geng-geng MySelangorStory
Fuhh,nampak sedap dan menggiurkan
Hidangan Yang Membuatkan Seleraku tidak keruan
Model Satay Hut Tanjong Karang | Peramah Betul Makcikni
Harganya yang berpatutan
Nyam-Nyam, So Yummy/ Sedap Sehh..
Jemputlah Makan/Buatlah Macam Rumah Saya
Bukan Main teruja lagi Mereka Ini. Santai, Sedap dan Terbaikk..
ย Honestly, sayani sekeluarga memang penggemar sate kajang. Sudah lebih 10 kali kami singgah di Sate Kajang dari pelbagai lokasi terutamanya di Taman Melati, Setapak. [ Restoran Sate Kajang Haji Samuri ]
Oklah, inilah review dan pandangan peribadi saya berkenaan Satay Hut Tanjong Karang :
1) Rasanya sedap dan lazat. Rating 9/10. Rasa ayamnya dan rempahnya memang kena dengan selera. Jika dibandingkan dengan satay kajang ,saya lebih prefer satay hut kerana rasa ayamnya dari semua bahagian jika dibandingkan dengan satay kajang lebih tertumpu kepada rasa di bahagian dada.
2) Kelainan di Ketupat/Nasi himpitnya. Dengan dibalut daun kelapa, lebih menyerlahkan rasanya yang wangi dan menggiurkan.
3) Sambalnya pula, i think saya lebih sukakan Sambal Satay kajang.
4) Suasana yang santai dan ala-ala kampung.
Keseluruhannya, pandangan peribadi saya, “Satay Hut Tanjong Karang Lagi Sedap dari Satay Kajang Haji Samuri”. Anda cubalah rasa, dan bandingkan sendiri. Apapun, lain padang, lain belalangkan,lain orang lain citarasanya. For me, Satay Hut nombor satu dihatiku kini cuma sayang, adake cawangannya di KL? Kalau ada boleh juga terjah…
Satay Hut Tanjung Karang kami cuba dan rasa
Rasanya enak, saya tergoda makan penuh berselera
Teringat-ingat dan mengidam mahu mencubanya lagi bawa seisi keluarga
InsyaAllah, akan kusinggahi lagi di lain masa
P/s : Pernah Mencuba Satay Hut Tanjong Karang? Apa Pandangan Anda?

*** Minta tolong Vote 4 Me untuk entry ini [ Vote/Klik Sini ]

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

39 thoughts on “Satay Hut Lagi Sedap dari Satay Kajang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.