P. Ramlee Dimana Kan Ku Cari Ganti


P. Ramlee Nama diberi
Seniman Agung , disebut-sebut sehingga kini
Bakatnya memukau sukar dicari ganti
Lakonannya mantap tidak bosan menontonnya berkali-kali
 
Tan Sri P. Ramlee nama yang cukup sinonim dengan Industri hiburan Malaysia. Walaupun dia telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, namun lakonannya masih ditonton dan digemari sehingga kini. Kenangan Saya Bersama RTM sebelum ini, Setiap kali ada filem P. Ramlee , memang saya akan tonton jika berkesempatan. Cerita-cerita P. Ramlee memang best dan menusuk kalbu seperti Madu Tiga, Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, Bujang Lapuk, Labu Labi dan banyak lagi. Bukan saya saja, malah anak buah saya yang baru berumur 8 tahun turut menggemari filem-filem P. Ramlee.
 
Syabas diucapkan buat Astro kerana baru saja melancarkan kempen yang menarik di Bulan Oktober ini yang bertajuk ” P Ramlee Dimana Kan Ku Cari Ganti” . Oh, bolehla terjah di sini : Astro P. Ramlee . Sedikit preview berkenaan laman web ini dan apa yang ada di sini :
 

Laman Utamanya . Apa yang ada di sini ?

Informasi Berkenaan Tan Sri P.Ramlee 
 
Antara yang menarik lagi di laman web ini adalah Klip Video “Di Mana Kan Ku Cari Ganti ” , Di Ambang Kerjaya Seni P. Ramlee , Konsert ” Di Mana Kan Ku Cari Ganti” dan Jadual Program . Memang sesuatu yang menarik dipamerkan di laman web ini mengembalikan nostalgia bersama P. Ramlee.
 
Bukan setakat di laman web saja, di Channel Astro Ria, Channel 104 turut dipaparkan kempen ini :
 

Tekan Saja Untuk Lebih Informasi

Pilih Saja yang mana menarik di hati
Antara yang dipaparkan Biodata P. Ramlee (Ohh, baru sekarang saya tahu yang nama sebenar P. Ramlee adalah Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh)
Karya dan Anugerah turut dipaparkan
 
Selebihnya bolehla layari sendiri di Channel 104 dan juga laman web yang disediakan oleh Astro iaitu Astro P.Ramlee
 
Tahniah dan terimakasih buat Astro kerana mengingati Seniman Agung P. Ramlee yang telah banyak berjasa dalam industri hiburan di Malaysia. Jasamu dihargai. Sebut pasal Astro pula, sayapun mempunyai pengalaman yang manis yang ingin saya kongsikan di sini. Antaranya :
 
Sungguh mengujakan bersama Astro B.yond dengan gambar HDTV yang lebih cantik, menarik dan menawan. Pengalaman Menyaksikan World Cup 2010 bersama Astro B.yond/HDTV akan terus mekar dalam memori. Memang lebih menarik bila menyaksikan rancangan kegemaran bersama Astro B.yond.
 
Ditambah lagi, sekarang ini saya lebih teruja dan bercadang untuk bertukar ke :
 

Astro B.yond PVR
 
Gara-gara menghadiri Astro B.yond PVR Roadshow beberapa bulan yang lepas membuatkan saya lebih teruja untuk memilikinya. Yerlah, kesibukan masa dan berblogging membuatkan saya banyak miss rancangan kegemaran saya seperti CSI, Gelora di Hati Sara 2 (kegemaran Isteri), Premier League Highlights/Live dan pelbagai lagi. Tengah bercadang untuk bertukar kepada Astro PVR dan dengannya saya dapat merakam,rewind,pause dan play mana-mana rancangan kegemaran saya yang tak sempat saya tontoni .
 
Bagi saya, Astro telah memberi satu cara baru yang menarik dalam menonton rancangan kegemaran sendiri dan seperti taglinenya “Astro, Making Your Life Richer” . Lebih kaya dengan pengetahuan, informasi, pengalaman, dan rancangan menarik yang ditontoni.
 
Tepuk dada, tanya selera. Give and take itulah sebaiknya. Selain memberikan kepuasan dalam menonton, jasa Seniman tidak dilupakan .Syabas buat Astro kerana menghargai jasa Tan Sri P. Ramlee dengan kempen ini. Diharapkan ianya berterusan dan saya cadangkan mungkin selepas ini boleh buat berkenaan Sudirman, Yasmin Ahmad, Aznil Hj Nawawi dan juga Rosyam Nor (ehh,apa salahnya buat bagi yang masih hidup juga kan? )
 
P. Ramlee, pemergiaanmu sukar dicari ganti. Dimanakah kan kami cari ganti? Bakatmu sukar ditandingi, sehingga kini ku menonton Industri Hiburan, belum ada rasanya yang mampu menyaingi kehebatanmu. Oh P. Ramlee, akan kutontoni lagi lakonanmu yang tak jemu ditelan zaman. 
 
P. Ramlee jasamu dihargai peminat dan pelbagai kategori
Bakatmu memukar sukar dicari ganti
Astro muncul dengan kempen ‘P Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti’ 
Terimakasih Astro banyak informasi yang ku pelajari tentang Seniman Agung ini
 
P/s : Apa pandangan anda tentang Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee?
 
P/s/s : Apa pula pandangan anda tentang kempen yang dibuat oleh Astro ini?Adakah ianya bagus dan perlu diteruskan di masa depan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

35 thoughts on “P. Ramlee Dimana Kan Ku Cari Ganti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.