Kereta Baruku | Toyota Altis

Pucuk Dicita, ulam mendatang. Lain yang dicita, lain pula yang diorder. Ini gara-gara pameran di satu shopping complex dan tertarik dengan pelawaan Sales Girl yang jelita la ni. Mula-mula wife idamkan Toyota Vios, then Honda Accord, tup-tup, dek kerna pameran itu dan teruja kami pi booking :

Toyota Altis
Cantik juga kan?
Silver memang pilihan hatiku
Hampir bergaduh sakan kami suami Isteri. Isteri berkenan sangat, saya mula-mula tak berkenan mana.Agak mahal dan belum berkemampuan.  Tapi dek Sales Girl yang cantik jelita dan kata-kata menggoda, akhirnya saya tergoda sama. Melayan duit simpanan berbloggingku setahun lebih dan simpanan isteri nak bayar downpayment. Melayan RM15 ribu. Aduh, mungkin inilah kata pepatah ” Biar Papa Asal Bergaya”.
Tak sabar menanti kereta baruku ini. Katanya bakal sampai sebelum birthdayku bulan 11 nanti. Ewahh, ni yang teruja hati, dekat birthday dapat kereta baru. Gembiranya hati, Toyota Altis pun jadilah ,better than takde kan?
Oh, tidur malam termimpi-mimpi memandu kereta ini. Bilalah agaknya dapat kupandu kereta ini? Cepatlah proses loan semua, tak sabar membawa kereta ini untuk honeymoon kali kedua dan Alisya pun dah tak sabar-sabar menanti adik menemaninya bermain.
Sabar,sabar..akan tiba masanya…Oh, aku teruja…Tak sangka, hasil berblogging boleh tahan juga…

Pangggg….Ambil sebiji…Apa ni???? Tersentak dari igauan dan layanan perasaan, rupanya aku hanya pasang angan-angan….

Masih belum faham??Dushh….ini hanyalah permainan entryku yang sudah lama tidak kubuat..Entryyy apa? Ingin ku tahu juga? Apa lagii…Ini ADALAH ENTRYYY HANGITT….Hik3, masih belum awal untuk tukar kereta…
Psst…maaf ya..selingan Hari Jumaat..Besokkan dan cuti..Sekali sekali dihangitkan, syok juga kan? Hik3….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Kereta Baruku | Toyota Altis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.