Jamu Selera Di Awan | Haven Restaurant Look Out Point

Di Malam Terakhir, MySelangorStory, kami dibawa makan malam di suatu tempat yang agak Istimewa. Setelah agak sesat sedikit, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu :
Haven Restaurant di Look Out Point, Ampang [ Official Restaurant for MySelangorStory ]
Layanan VIP diberikan
Terasa Mahu makan aja hiasan buah ini
Sisha Pun turut disediakan (umm,beraksi saja,sedut sekali, umm, bukan citarasa saya,I’m Not A Smoker)
Banner Menyambut Kami Semua
Jom Jamu Selera di Awan | Haven Restaurant Look Out Point [ Official Restaurant for MySelangorStory]

Pemandangan di Restoran, Cantik dan Memukau

Video Pemandangan di Haven Restaurant
Jom Order, pilihje apa nak makan…hik3..
Udang Kara/Lobster yang menggiurkan, serius sedap dan saya suka
Pilihan saya, Chicken Chop
Pilihan Bella dan ramai lagi, Beef Rib ke ya? hik3,bella abis satu bahagian aje
Diminum bersama Mangga Ais (Yummy,yummy)
Bersama Hot Mama, Yang telah bertungkus lumus menjayakan MySelangorStory ini , Emilia the Superwoman
Jom Makan
Turut dihiburkan dengan Nyanyian One Night Service | Azuan memang minat mamat ni nyanyi, siap mahu minta autograph dan Album lagi (hik3)

Berkongsi Pengalaman bersama MySelangorStory

Kongsi Pengalaman Lagi

Karaoke Session Bersama Kak Ning
MySelangorStory Rocks

Ok, review pasal restoran ini, sebelum saya kasi review, ini feedback yang saya terima dari salah seorang pembaca blog saya iaitu Matjoe untuk entry : Alhamdulillah | Rezeki Contest Lagi dan inilah feedbacknya :

“aku dh makan kat haven ni. tak mahal sgt. just nice. rasa biasa2 jer tp view dia ok. wa tak tau bila nk buat blog entry pasal restoran ni”

Inilah feedback saya pula :

1) I tend to agree with Mat Joe. Mutu Makanan di Haven ini masih boleh diperbaiki lagi.  Mutunya saya berikan rating 6.5/10, just nice….Scenerynya memang cantik dan mempesona, memang sesuai untuk bawa seisi keluarga. 

2) Some portion of the food are too big especially untuk Orang Malaysia kita. Mungkin portionnya dibuat mengikut size “Mat Salleh”, lagipun tak baik membazirkan? Kalau tak cukup, bolehla tambah lagi.

3) Masih kurang Promosi. Kalau tidak kerana MySelangorStory ini, saya pun tak tahu apa itu Haven Restaurant dan Look Out Point walaupun lokasinya tak jauh dari rumah saya.

4) One of the biggest problem is public transport. Tempat ini hanya boleh disinggahi dengan kenderaan sendiri. Umm, kalau pelancong asing mahu datang, mungkin ada yang terkena tipu dengan pemandu teksi nampak gayanya. Tempat ini memang sesuai untuk menarik pelancong asing makan-makan ke sini.

5) Penghibur yang dibawa One Night Service rasanya kurang sesuai. Rasanya kalau ada event, patut ambil penghibur/penyanyi yang turut boleh menyanyikan lagu dalam bahasa melayu juga. Hey ,we are Malaysian rite? 

Jamu Selera di Awan pengalaman mempesona
View Cantik , pemandangan selesa pengalaman pertama
Sudah plan mahu bawa Isteri dan Alisya pula
Harap-harap mutu dan rasa makanannya lebih teruja bila disinggahi seisi keluarga

P/s : Ada sesiapa yang pernah singgah di sini? Apa pandangan anda?

***Jangan lupa Vote saya di SINI

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Jamu Selera Di Awan | Haven Restaurant Look Out Point

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.