Genting Highlands Destinasi Pilihan

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Genting Highlands,adalah ketika saya berumur 19 tahun ketika rombongan kolej. Balik hari, pengalaman yang begitu mekar di dalam ingatan bila pertama kaki menjejakkan kaki di sana dan bermain permainan Outdoor, menikmati cuacanya yang nyaman, dan scenery yang cantik.
 
Sudah kahwin, Genting Highlands tetap menjadi destinasi yang wajib dituju hampir setiap tahun. Biasanya kami menginap di Genting Awana/Genting View dan ianya amat memuaskan.

Di hari kedua, MySelangorStory Journey, saya kembali ke Genting Highlands. Kali ini, pertama kali dapat menikmati dan merasai dan menginap di First World Hotel.

 Menanti kunjungan tetamu terhormat, YB Elizabeth Wong, Selangor Exco For Tourism , Consumer Affairs and Enviroment

 YB Elizabeth Wong disambut oleh wakil dari Genting Highlands

 Layanan VIP diberikan . Memang terharu dengan layanan dari Resort World Genting (Official Resort Sponsor for this event)

Ucapan alu-aluan oleh YB Elizabeth Wong

Antara kata-kata Elizabeth Wong adalah : ” blog adalah salah satu medium perantaraan, informasi dan promosi yang semakin mendapat nama dan tempat di Malaysia. Apa yang ditulis di blog lebih kekal lama dan lebih dipercayai jika dibandingkan dengan saluran lain ( I tend to agreed with her) “.

The Lunch Is Serve

Ole-Ole/Cenderahati dari Resort World Genting 

 Tiket All Park salah satu ole-olenya

 Kekeliruan terjawab , rupa-rupanya lebih kurang 20% daripada Genting Highlands adalah di kawasan Selangor (before, i always thought that Genting Highlands situated in Pahang. Rupanya di kedua-dua kawasan)

 Holiday Card with RM100 in for me (tak sempat gunakannya lagi ,nanti bolehla ajak wifey)

 Wah, siap ada Banner/Check In Kaunter khas untuk kami

Bilik Hotel yang amat selesa | Tidur dengan lena tak ingat masalah dunia.  
 Hik3..kalau bawa wifey mesti bestni)

Ke semua gambar-gambar diambil dengan menggunakan kamera Pentax Optio P80 (kecuali gambar first) . Cantik juga kan gambar yang diambil dengan kamera Pentax?
 
Terimakasih buat Selangor Tourism dan juga Genting World yang menaja penginapan, layanan VIP, tiket All Park dan juga pelbagai gift yang lain. The 2nd part di Genting Highlands bermain di Team Park dan pengalaman pertama kali menyaksikan The Dazzle Show di waktu malam bakal menyusul selepas ini. 
 
Oh ya, untuk pengetahuan anda, hotel-hotel di Genting Highlands kebiasaan 92% penuh, jadi kalau ingin bermalam di sini kenalah booking awal-awal ya. Aktiviti di waktu malam di sini juga menarik dan menghiburkan. Layanan yang diberikan memang perfect, walaupun sudah tersangat popular, mereka melayan kami ” Bagaikan Menatang Minyak Yang Penuh”. Puas hati, gembira hati, woowi, jemput-jemputlah kami lagi.
 
Genting Highlands lebih 5 kali kuterjahi
Namun masih teruja hati untuk singgah lagi
Keluarga suka, pengalaman menarik dan banyak attraction yang boleh dilawati di sini
Lain dari yang lain, kelainan yang Istimewa yang dicari-cari
 
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Genting Highlands, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Genting Highlands Destinasi Pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.