Gambar Kahwin Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Gambar Kahwin Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Bagai Pinang Dibelah Dua
Sungguh Cantik Isteri Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Dr. Harlina Mohd Yunos tersenyum gembira
Dengan Sekali Lafaz sahaja ( teringat zaman saya dulu)
Gembiranya Dia
CinCin Disarung pengikat hubungan
Ciuman Kasih Sayang Buat Si Isteri
Pelukan Kegembiraan
 
Tahniah buat Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah selamat melangsungkan majlis akad nikahnya pagi tadi. Sempatla layan bersama Isteri kisahnya di Rancangan Nona pukul 2 petang tadi di TV3 dan snap a few gambar yang menarik hati. Semoga Perkahwinan angkawasan negara ini bahagia dan kekal ke akhir hayat. Agaknya kemana akan mereka berbulan madu, adakah ke angkasa/bulan nanti? Oh , tentu gembira Si Isteri andai dapat dibawa ke awan melihat Sang Bintang yang bersinaran.
 
Kehadiran Si Suami pun sudah cukupkan bagi penghibur hati?Tahniah, ikatan 8 tahun yang dibina akhirnya ke jinjang pelamin. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Oh, kalaula saya mendapat jemputan, tentu seronok dan teruja hati ini.
 
Perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meriah sekali
10.10.10 tarikh dipilih menarik sekali
Semoga berbahagia ke akhir hayat doa saya sudah semesti
11.11.11 , tarikh menimang cahaya mata pula mungkin nanti?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Gambar Kahwin Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.