Feedback Buat Penganjur dan Penaja MySelangorStory

Ini adalah entry terakhir saya untuk MySelangorStory Journey. So, untuk entry terakhir ini saya dedicatekan entry ini buat :

Penaja MySelangorStory (kredit gambar kepada MohdZaid.Com )

dan Juga Penganjur MySelangorStory

Straight to the point, inilah feedback/komen/cadangan/kritikan membina dari saya buat Penganjur dan Penaja MySelangorStory :

Pandangan dari Wakil Tourism Selangor

1) Tourism Selangor  (Penganjur Utama)
– Inisiatif yang begitu bagus dan berkesan mempromosikan pelancongan di Selangor dengan menggunakan platform blogging. Bak kata YB Elizabeth Wong , blog semakin mendapat tempat di mata masyarakat dan orang ramai lebih suka mendengar feedback peribadi daripada iklan yang agak annoying di kaca tv.

-Friendly staff dari Tourism Selangor yang ikut serta. Seronok berbual bual dengan Encik Fazli, Kak Ning (tourist guide yang dipilih oleh Tourism Selangor), Hafeez dan lain-lain.

– Which one are the official website for Tourism Selangor? Bila search di google keluar 3 yang agak sama iaitu : http://www.tourismselangor.org , http://www.tourismselangor.gov.my/ ,dan  http://www.tourismselangor.com/ . Mungkin agak mengelirukan bagi sesetengah orang.

– Twitter dan Facebook kurang aktif saya nampak. Rasanya di zaman sekarang, Facebook dan twitter adalah salah satu medium perantaraan yang begitu penting.

– Website SelangorShine nampak menarik

– Linkkan pengalaman/entry blog berkenaan tempat yang menarik di Selangor di Official website, jadi pengguna/bakal pengunjung dapat membuat penilaian dengan lebih berkesan.

– More event to create buzz i.e. Pertandingan Permainan Tradisional, Pertandingan Fotographi tempat-tempat menarik di Selangor, Pertandingan Sukan dan sebagainya.

– Perbanyak event seperti MySelangorStory ini . Next time mungkin boleh buat dalam 100 bloggers pula, tentu lebih meriah dan mengujakan.

– I 100% agree with this statement by YB Elizabeth Wong in NST : 

Selangor Tourism, Consumer and Environment committee chairman Elizabeth Wong said the blog has become an important information search tool for travel as well as a platform for smart shoppers to share their experiences.” 

Cubalah Search Haji Dorani Homestay, Satay Hut Tanjung Karang,  Uptown Shah Alam dan Tropicana Medical Centre to name a few and some of our entries berada di halaman pertama ataupun kedua Google Search. 

2) Horizon Communications/Wonderwoman Amelia  ( Penganjur Bersama)
– One woman show. Superwoman. Berkesan dan bijak dalam mengatur emosi dan mengawal kelancaran program/journey ini. It is not an easy job. I almost tarik diri dari journey ini, mujurlah ada persefahaman dan tolak ansur, saya teruskan perjalanan event ini. Congratz and Thanks Amelia. You really did a really tremendous job.
– Amelia serba boleh. She can sing, she can dance, she can tell a story, she can make you laugh, what else you want ? Umm, can you beat Thrishtan in Wrestling Amelia or kalahkan Max dalam larian? 

3) Fireflyz (Official Airline
Pandangan,pengalaman dan cadangan saya sudah berikan di entry INI

4) Sunway City Berhad (Official Integrated Resort ):
– Salah satu tempat popular yang kami pergi tidak disediakan slideshow berkenaan tempat/intro berkenaan hotel,shopping complex, dan juga theme park. I know, it was a free and easy day, tapi rasanya lebih elok diberikan sedikit introduction around 5-10 minutes jadi sesiapa yang tidak pernah datang especially dari Indonesia dan Singapura dapat mengetahui dengan lebih details berkenaan hotel, shopping complex dan theme park.

– Kemudahan public transport yang bagus untuk ke sini.

– Harga tiket yang agak mahal ke Sunway Lagoon especially untuk middle income/lower income . Saya kebiasaannya ada event, mungkin Sunway City boleh adakan promosi diskaun bagi mereka yang selalu shopping di Sunway Pyramid . The more people come, the merrier kan?Apa salahnya berkongsi kegembiraan buat mereka yang mungkin teragak-agak untuk membeli tiket yang berharga RM50+ seorang (Including myself la tu)


5) P1 Wimax (Official Broadband Provider )  
– The only place that I can get internet connection during that journey is Charlton Hotel Shah Alam dan PetalingStreet ( laju juga) dengan menggunakan Wiggy wifi. Tempat lain seperti Genting Highlands, Haji Dorani Homestay, Sunway, tidak dapat membuat ‘connection’ langsung.

– Namun, saya faham yang P1Wimax semakin memperbaiki dan meluaskan kawasan liputannya.

– One of the best broadband in term of customer service in Malaysia, saya pernah menggunakannya sebelum ini dan customer servicenya memang pantas dan cepat dalam menjawab persoalan/troubleshoot. Juga aktif di Facebook dan twitter jadi jawapan dapat dibalas dengan cepat.

– Perbaiki kemudahan, coverage, dan speed ,dan sekarang ini saya masih mencari wireless broadband yang boleh dibawa untuk jalan-jalan dan saya yakin di masa hadapan yang P1wimax mungkin boleh menjadi salah satu pilihan saya.  

6) Resort World Genting (Official Resort) :
– Marvellous, excellent, layanan terbaik yang pernah saya perolehi.

-Staff yang peramah dan mudah diajak berbual 

– Facility yang terbaik dan menggiurkan hati

– Komen peribadi, mungkin Resort World Genting boleh mencari inisiatif baru/back up plan bagi pengunjung yang berkunjung terutamanya during peak hour. Saya pernah mengalaminya datang dengan abang ipar sekeluarga. Outdoor theme Park, satu game, terpaksa beratur lebih setengah jam. Cadangan : Mungkin sistem tiket bernombor boleh diperkenalkan jadi tidaklah bosan menunggu dan terjah ke tempat yang kurang sibuk dahulu.

– Kemudahan public transport terbaik. Pernah ke genting Highlands dengan menggunakan teksi dan juga bas. Harga pun berpatutan dari pelbagai lokasi strategik dengan jadual perjalanan yang agak kerap.

– Hotel. 92% penuh seperti diberitahu. Umm, teruja juga untuk menginap di hotel yang berada di atas. Selalunya booking di Genting Awana/Genting View di bawah nama syarikat. Mungkin once in a while Genting World Resort boleh adakan harga promosi bagi pengunjung setia, pengunjung bertuah, dan lain-lain.

7) Haven Restaurant (Official Restaurant):
Pandangan,pengalaman dan cadangan saya sudah berikan di entry INI

8) Pentax ( Official Camera)  
 Pandangan, pengalaman dan cadangan sudah berikan di entry INI  .
Terus terang saya katakan kualiti kamera agak bagus , hargapun berpatutan jika dibandingkan dengan competitor yang lain cuma rasanya kurang promosi yang berkesan. Mungkin boleh approach Nuffnang untuk mempromosikan produk dengan lebih berkesan dengan create buzz yang menarik i.e. event, contest online dan sebagainya. 

9) Royal Selangor (Official Souvenir)  
 Pandangan, pengalaman dan cadangan saya sudah berikan di entry INI

10) Pusat Perubatan | Tropicana Medical Centre ( Official Medical Centre) 
Pandangan, pengalaman dan cadangan  sudah berikan di entry INI

11) Casahana (Official Gift Shop) 
Beberapa hari selepas pulang ke rumah, isteri bertanya, abang ,sedaplah MoonCake tu, Mak dan Abah pun suka. Tentu Mahalkan? Ohh, saya pun terus mencuba, memang sedap seperti dikata. Cadangan : Letakkan sekali harga makanan/produk yang dijual di official website jadi orang ramai mudah untuk membuat keputusan untuk membeli.

Tak lengkap rasanya jika saya tidak akhiri dengan pantun :

Terimakasih Buat Penaja dan Penganjur MySelangorStory dari saya
Event/Journey menarik dan terbaik sudah semestinya
Pengalaman Berharga , berkongsi informasi buat semua
MySelangorStory 2011 dan seterusnya jemputla lagi saya, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahi untuk menyertai Journey yang mempesona

Last but not Least, I Love Selangor 

Appreaciate your Vote, Please Vote For Me HERE

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Feedback Buat Penganjur dan Penaja MySelangorStory

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.