Polis Jumpa Kereta Datuk Sosilawati Lawiya | Betulke Mereka Diculik?


Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya semakin terungkai apabila  polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.

Sumber Kosmo mengatakan Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 di sini pukul 9.45 malam tadi oleh orang awam.

Sejam selepas itu polis menerima satu lagi maklumat mengatakan kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett di sini.

Katanya, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.
Kalau melihatkan dari caranya kereta dijumpai, macam mereka telah diculik sahaja. Apakah yang terjadi sebenarnya ya? Apapun, saya doakan semoga mereka dapat dijumpai dengan selamat dan beraya bersama keluarga tersayang.
P/s : Semakin berleluasa gejala jenayah. Jika benar kes culik, semakin risau sebagai seorang bapa dan suami, jenayah merata-rata. Adakah bumi Malaysia yang indah ini sudah tidak begitu selamat ?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

6 thoughts on “Polis Jumpa Kereta Datuk Sosilawati Lawiya | Betulke Mereka Diculik?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.