Perkembangan Terkini | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya

Apakah Perkembangan terbaru  kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya ni ya ?. Inilah Laporan/update terkini seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar di Malaysia hari ini  :

1) Kes bunuh Sosilawati: Nyaris jadi mangsa kelimaJika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008.

2) Kes bunuh Sosilawati, pemimpin politik jangan buat tafsiran sendiri – Pemimpin politik di negara ini sepatutnya tidak membuat tafsiran sendiri mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

3) Polis hentikan operasi cari bahan bukti – Polis menghentikan operasi mencari bahan bukti dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting hari ini


4) Pembunuhan kejam Sosilawati: Sukar dapatkan DNA mangsa – abatan Kimia berdepan kesukaran dalam menentu dan mengenal pasti profil asid deoksiribonukleik (DNA) serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain berikutan keadaan tulang yang terbakar teruk berikutan suhu pembakaran terlalu tinggi.


5) Pembunuhan kejam Sosilawati: Kes boleh dibukti tanpa mayat – : Profil asid deoksiribonukleik (DNA) dan keterangan mengikut keadaan boleh menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, walaupun mayat mangsa pembunuhan tidak ditemui untuk dijadikan sebagai bahan bukti dalam pendakwaan.


6) Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek utama turut disiasat tujuh kes jenayah komersial – uspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, turut disiasat polis berhubung tujuh kes jenayah komersial membabitkan nilai kerugian RM7.1 juta di Kuala Langat, sejak 2005.


7) Pembunuhan Sosilawati: Najib ucap tahniah kepada PDRMPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat.


8) Kes Sosilawati tiada unsur perkauman – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam berkata, siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman.


9) Cops find remains believed to be of 20 people – The Sungai Pan­chau riverbed in Banting – where ash and remains of murdered cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and three others were dumped – could well turn out to be a gruesome watery grave after police found more than 300 hu­­man bone fragments.


10) Another drama unfolds in Chennai – As the investigation into the killings of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya and three of her aides is being wrapped up here, a related drama is unfolding in Chennai, India.


Update sebelum ini : Terkini | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya


Patah tumbuh, kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya sukar diganti. Semoga pihak polis terus pantas dalam menyelesaikan jenayah lain tidak kiralah berprofail tinggi mahupun rendah. Banyak lagi kes-kes jenayah yang semakin berleluasa di luar sana.


P/s : Bukan susah mahu susah, bukan senang jadi orang senang…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

5 thoughts on “Perkembangan Terkini | Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.