Pekena Ayam Penyet Lagi di Wangsa Walk Mall

Keterujaan Berbuka Puasa di Restoran Ayam Penyet AP Section 9 Shah Alam membuatkan kami menerjah lagi Ayam Penyet .Kali ini kami serbu di Cawangan Wangsa Walk Mall weekend yang lepas :

Ayam Penyet
Keli/Lele Penyet
Plus Teh O Ais dan Ice Lemon Tea
Feedback kali kedua singgah, ayam dan keli sedap juga tapi tak boleh lawan kesedapan ketika makan di Cawangan Shah Alam buat pertama kali. Ayam penyet dan keli penyet di Wangsa walk mall kurang lembut dan sambalnya pun tak Se ”Kaw” ketika di Shah Alam. Servis pun agak lambat sampai.  Lain cawangan ,rasanya dan servis lain-lain ke? So,rating kami kasi kalini 7.5/10 .
Suasana di Restoran Ayam Penyet
Restoran Ayam Penyet Wangsa Walk Mall
Lokasinya di Lot G28, Wangsa Walk Mall
Menarik juga singgah di Wangsa Walk Mall
Senarai cawangan Restoran Ayam Penyet di Malaysia
Apapun, akan kusinggahi lagi buat kali ke 3. Mungkin terjah yang di The Garden Midvalley pula lepas ni. Haahkan, Beautifulnara kata mahu  ajak-ajak makan dan sponsor lepas bulan puasa, orang nak belanja, kita laju je kan?
Latest update November 2014 – Personal view dan feedback dari rakan-rakan bloggers, rasa makanan di Restoran Ayam Penyet AP tidak lagi sesedap dan seperti dulu. Tak pasti kenapa. Apapun, ini hanyala pandangan peribadi saya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Pekena Ayam Penyet Lagi di Wangsa Walk Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.