Laporan Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Apakah Perkembangan terbaru Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati ni ya ?. Inilah Laporan terkini seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar di Malaysia hari ini  :

1) Kes bunuh Sosilawati: Kontraktor tak pulang-pulang – ati saya terdetik mengatakan suami akan pulang pada Aidilfitri lalu menyebabkan saya membeli sepasang baju Melayu biru untuknya,” kata Samsonnahar Mohd Dali, 35, isteri kepada kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dipercayai turut menjadi mangsa peguam yang kini suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.


2) Gelang Emas BerlumpurSatu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.

3)  Kes bunuh Sosilawati: Polis tidak tutup mata kes babit peguam – Cemuhan pihak tertentu kononnya polis Selangor ‘tutup mata’ terhadap kes membabitkan peguam disangkal apabila enam peguam sudah diheret dan dibicara ke mahkamah atas pelbagai kes penipuan dan penyelewengan. [ Adakah Komen Panas Ini seperti cemuhan yang dimaksudkan itu? ]

4) Pembunuhan kejam Sosilawati: Dua senasib Wati – Dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, April lalu.
Shafik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya itu dilaporkan hilang oleh keluarga mereka lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan. Sumber memberitahu Berita Harian, buat masa ini, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kaitannya dengan suspek utama kes Sosilawati.
 
5) Pembunuhan kejam Sosilawati: Polis jamin siasatan siap 2 mingguMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata kertas siasatan awal berhubung kes itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pagi semalam untuk diteliti, seterusnya persiapan untuk proses pendakwaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Datuk Seri Mohd Bakri Zinin) memberi jaminan proses siasatan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu. Ini termasuk laporan lengkap DNA bagi membolehkan proses pendakwaan dimulakan secepat mungkin, katanya kepada pemberita, di sini semalam.
 
6) Sosilawati ikon usahawan wanita –  Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) menyifatkan jutawan kosmetik yang juga pengasas Nouvelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh dengan kejam bersama tiga individu pada 30 Ogos lalu sebagai ikon dan contoh kepada usahawan wanita Bumiputera. 
 
7) Suspek utama tunjuk lokasi baruSuspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu, membawa polis ke satu lokasi baru di sini semalam, yang menjadi tempat beberapa lagi bahan bukti dipercayai milik mangsa kes bunuh dan bakar itu, dibuang.
 
Entah mengapa hati ini berkata-kata
Suspek utama bakal terlepas kerana bukti tak cukup untuk didakwa
Apa pula kata anda?
Adakah penjenayah akan menerima pembalasan yang sewajarnya?
 
P/s : Tahniah di atas pelancaran Facebook PDRM . Semoga dengan pelancaran ini , kata-kata rakyat dan insan yang mahukan keamanan dan keselesaan dalam melakukan sesuatu lebih didengari.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Laporan Terkini Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.