Katy Lim Li Lian Hina Islam | The Story Continue




Dulu kecoh isu Salleh Gregor Hina Islam, sekarang timbul pula isu Katy Lim Li Lian Hina Islam. Caranya pun sama, menggunakan laman sosial yang popular iaitu Facebook. Saya tidak mahu mengomen banyak, korang bolehla terjah entry ini [ Katy Lim Li Lian Yang Menghina Allah Dan Agama Islam ]

Tak Sangka dah dekat nak raya, timbul lagi perkara sebegini. Laman Sosial semakin digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Amat keterlaluan bila bermain dengan Isu Agama ditambah pula di bulan Puasa yang mulia Ini. Sensitiviti Keagamaan perlu dijaga. Saya bersetuju dengan Pendekatan SKMM dan agar tindakan diambil [ Hina Islam: Facebook Li Lian disiasat  ] . 


Anyway, betul-betul wujudke Katy Lim Li Lian ini ataupun hanyalah permainan/sandiwara pihak tertentu untuk menangguk di air keruh ? Hari ke hari, semakin kecoh isu ‘Racist’ dan ‘Keagamaan Ini’ sampaikan Iklan Raya TV3 2010 pun turut Dikecam Hebat Kerana Berunsurkan Chrismas  . Personally, memang saya sendiri tidak sukakan Iklan TV3 yang berbaur krismas itu.TV3, Sensitiviti keagamaan perlu dijaga dan sebagai rancangan TV no 1 di Malaysia, takkanlah sebelum buat komersial ini tidak mengambil pandangan orang yang arif terlebih dahulu?

P/s : Apa pula kata anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

33 thoughts on “Katy Lim Li Lian Hina Islam | The Story Continue

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.