Berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop

Weekend lepas, saya belanja Isteri dan adik ipar berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop. Dah lama mengidam sejak berpuasa, mahu berbuka di sana, rindukan Nasi Ayamnya yang sedap dan ayamnya yang lembut dan menggiurkan.

Roasted Chickennya memang terbaik
Nasi Ayamnya pun sedap

Sambal lada, biasa-biasa aje

Taugeh ni memang favourite, best giler..Tak jumpa lagi yang sebestnya di tempat lain

Desert

Santapan Kami Berempat

Berselera Alisya Makan

Kami order 3 Set Single Chicken Set, harga RM13.99 satu set tidak termasuk tax (Asyik2 kena tax,aduhaii,nak makan pun kena bayar tax)

Feedback Saya : Set nasi ayamnya memang sedap, menepati citarasa, dan saya kasi rating 8.5/10. Cuma, pandangan peribadi, kalau boleh yang set ni, bagilah air selain air berkarbonat, lebih sihat. Ni bila nak tukar kena tambah RM1. Bukan berkira tapi yang lain-lain satu set ni nampak semuanya healthy kecuali airnya (soft drink). Pai Tee nya memang terbaik, Isteri dan saya memang suka sangat.

Restoran ni boleh dikatakan tak sebulan, at least setiap 2 bulan sekali pasti saya singgah. Nasi ayamnya memang terbaik. Teruskannya dan cadangan saya,teruskan promosi dengan lebih berkesan, bolehla cuba Nuffnang, saya pasti, akan lebih pelanggan yang akan singgah/tertarik bila diiklankan di Nuffnang.

P/s : Tak sabar nak balik kampung. Nak merasa Nasi Dagang masakan nenek dan Mee Rebus Terengganu masakan mak. Nyam2, Korang bila balik kampung?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.