Terima Kasih dari Mak Ngah

Salam dari Eyriqazz,

Entry Berita Sedih Dari Kampung | Sumbangan Anda Diperlukan dirujuk. Weekend lepas saya telah pulang ke kampung dan Alhamdulillah, sumbangan dari anda semua telah saya sampaikan kepada Mak Ngah saya. Inilah yang mahu saya updatekan buat semua pembaca/penyumbang derma kepada Mak Ngah especially :



Inilah Rumah Mak Ngah

Keadaan Dalam Rumah ( Kayu2 yang agak lama digunakan untuk membina rumah dari pemerhatian saya)

Kipas Syiling dan TV yang agak usang

Rumah ini dibina sendiri oleh arwah suami Mak Ngah dan duit membina rumah pun terpaksa dipinjam dulu terutamanya dipinjam dengan nenek. Dengan tulang empat kerat arwah suaminya rumah ini siap dibina dengan tiga bilik kecil, 1 bilik untuk mak ngah, satu bilik untuk anak-anak perempuan dan satu bilik untuk anak lelaki.

Terimakasih semua, inilah sumbangan dari anda yang saya berikan kepada Mak Ngah :


Sumbangan anda dan juga sedikit tambahan dari saya


Besar nilainya RM2,100 buat seorang ibu tunggal. Hampir menitikkan air mata mak ngah bila menerima cek ini. TerimaKasih juga buat Sinar Harian kerana cepat dan telah datang ke rumah Mak Ngah untuk mengukur size baju dan bakal memberikan sumbangan baju raya.

Sempat juga berborak sekejap dengan Mak Ngah. Mak Ngah akan start kerja semula ahad minggu depan. Ambil shift petang, dari pukul 3petang hingga 11 malam. Sedikit kegusaran di hatinya kerana semua anak-anaknya yang perempuan ditinggalkan di rumah dan anak lelakinya berada di Politeknik Dungun. 

Air Mataku hampir menitik bila mak bercerita kisah arwah di hari dia meninggal. Dia pergi ke kerja dengan hanya membawa bekal RM2 ke tempat kerja . Makanan apa yang boleh dibeli dengan RM2 untuk mengalas perut seharian bekerja? Arwah juga sempat memberitahu majikannya hari itu ” Hari Ini Hari Last Aku Bekerja “. 

Sedih bila saya memikirkan nasib Mak Ngah Sekeluarga. Anak yang bongsu baru berumur 6 tahun. Masih ada sekurang-kurangnya 12 tahun untuk kesemua menamatkan persekolahan. InsyaAllah, apa yang terdaya saya akan cuba membantu sebagai anak buah sulung Mak Ngah. 

Oh ya, sumbangan derma saya teruskan sepanjang bulan ramadhan ini. Jadi, andainya ada yang mahu menyumbang buat Mak Ngah saya, ucapan terimakasih dari saya. Walaupun sedikit besar maknanya bagi insan bergelar ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak. 

P/s : Terimakasih buat semua yang menderma dan menolong Mak Ngah saya sebelum ini. Semoga Tuhan membalas jasa baik anda semua. 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Terima Kasih dari Mak Ngah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.