Selamat Berpuasa Dan Salam Kemaafan

Lagi beberapa hari , akan bermulanya Bulan Puasa. Jadi, di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat Semua dan Salam Kemaafan andai ada tersalah silap.
Saya hanya insan biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Ucapan Maaf khas ditujukan buat saudara-saudari yang selalu terkena dengan saya, i.e. Kak Ina KL, Sumijelly, JAI, Bean Moreno, CheArmster,Daydeck, Cik Lily Putih dan ramai lagi. Maaf ya atas segala salah dan silap saya. 10 jari dipohon sebagai tanda kemaafan.
Tak lupa juga berkenaan entry-entry saya, kemaafan dipinta andainya ada menyentuh ataupun pernah mengguriskan hati sesiapa. Tiada niat sebenarnya, apapun sedar atau tidak sedari saya mohon kemaafan juga.
Hidup ini hanya sementara. Besok lusa mungkin ajal kita tiba. Bermaaf-maafan la sesama kita sebelum “Malaikat Maut” menjemput kita.
Dan andainya jika ini entry terakhir dari saya, maafkan saya dan andai saya ada terhutang ataupun apa saja, just drop personal e-mail to me di iman1237@hotmail.com . InsyaAllah, saya akan cuba melangsaikan apa yang terbuku di hati semua.

Selamat Berpuasa dan Salam Kemaafan dari saya
Saya menyusun 10 jari andai tersalah kata dan bahasa
Hidup ini hanyalah sementara
Hargainya sebelum kita menutup mata
Terlajak kereta boleh diundur mudah saja
Terlajak kata dan perbuatan menyesal kemudian hari tidak berguna
Apapun, lesson learn itulah sebaiknya
Salah dan silap, kita hanyalah insan biasa
P/s : Life Ain’t That Serious but kita mesti menerima “Qada dan Qadar darinya”
Thanks For All, Selamat Berpuasa dan Salam Kemaafan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Selamat Berpuasa Dan Salam Kemaafan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.