Rasa Ramadhan HotFM di Jusco Setiawangsa

Semalam ( 22 August 2010), kami berkesempatan untuk singgah di Rasa Ramadhan Hotfm yang diadakan di Jusco Setiawangsa yang dihidangkan oleh Minyak Masak Alif. Ramai Pengacara Hotfm dan artis-artis yang turut hadir sama. Jom terjah :



Amboi,Amboi, Bukan Main Sibuk Lagi Fafau/Fara Fauzana dengan Juadah yang dijualnya iaitu Nasi Lemak Berempah Madah Berhelah

Stages/Banner Rasa Ramadhan Dihidangkan Minyak Masak Alif

Eyriqazz dan Black Juara Mentor

Gerai Macam-Macam Rasa Alif bersama Black Mentor

Gerai Murtabak Masyuk FBI/Faizal Bin Ismail Pengacara Hotfm

FBI Bersama Isteri dan Alisya
Alisya : Apsal Uncle ni takde rambut?

Memang laris jualan Nasi Lemak Madah berhelah Fafau. Kami sampai dalam pukul 4 pun tak sempat nak beli. First gerai yang jualan habis diikuti dengan gerai FBI

Siap ada cabutan bertuah lagi untuk sesiapa yang beli Nasi Lemak 3 bungkus dan lebih (murah, Rm3 je)
P.s :Apsal rambut hafiz AF tu cam keras semacam je?

Mohd Juara Mentor yang menyumbangkan hadiah dan mencabut cabutan bertuah 
Apa yang cuba Ikhwan nak katakan kepada Alisya ya?

Ikhwan : Pandang Sana Alisya
Alisya :Yey, yey, bestnya dpt bergambar dengan Ikhwan

Memang friendly giler Ikhwan. Tetiba dia nak dukung Alisya, alisya biasanya ngan lelaki tak berapa nak pergi tapi dengan Ikhwan ok je . Inilah ciri pengacara yang kita mahu, mesra dengan peminat. Tahniah dan thanks Ikhwan.

Inilah Gerai Ikhwan bersama Mawi. Gerai World Zone of Desert. Minah tu rakan sepejabatku ,entah camne dia boleh ada disitu. Oh, Janatulhani. Mawi patutnya join sekali gerai tu tapi tak sampai lagi time tu, agaknya sesat kot?

Isteri ,ALisya dan Tomok 
Alisya :Nyam,nyam,sedapnya airtu.

Tomok menjual Air Banbu Arjuna & Dot,dot,Dot (x sempat nak beli)

Nubhan di Gerai Laksa Syok

Bersesak-sesak Pengunjung yang datang. Nasib baik sampai awal

Sharifah Aleeya menjual Ayam Percik

Tak lupa juga ini siaran Hot.fm (
hotfm.com.my ) , lebih hangat dari biasa


Minyak masak Alif ni untuk dijual juga or sekadar hiasan?


Dan Inilah yang kami beli ( Murtabak FBI, Ayam Percik Sharifah Aleeya, Roti Jala , dan bubur jagung dari Gerai Ikhwan -tiada dlm gambar- )

Overall rasanya boleh tahan dan inilah feedback saya :
Ayam Percik – Sedap dan memang puas hati
Murtabak – Murtabak sedap tapi kuahnya masam sikit
Roti Jala – Kuah sedap tapi roti jalanya agak keras skit (tak habis makan)
Bubur Jagung – Tak sempat tanya isteri lagi…

Memang bagusla event sebegini, berkesempatan berjumpa artis secara dekat. Lain kali adakanlah lagi ya? 

P/s : Huhuhu, sedih tak sempat nak bergambar dengan Farah Fauzana/Fafau (bukan main meriah lagi gerai dia, penuh orang berkerumun)

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Rasa Ramadhan HotFM di Jusco Setiawangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.