Prestasi Trafik Terbaik Tahun Ini

Alhamdulillah, walaupun hasrat di hati tidak tertunai untuk mendapatkan 20K Unique visitor seminggu, namun saya gembira dengan prestasi terbaik saya ini setelah almost setahun berblog. 2 September 2010 nanti genaplah setahun saya berblog secara aktif. Saya kongsikan di sini, jika ada terdetik gaya berlagak di bulan puasa ini, maafkan saya, saya sekadar berkongsi keterujaan ini untuk dimemorikan di blog ini  :



TerimaKasih Buat Semua Pembaca

vs

Di Bulan Pertama Aktif Berblog Tahun Lepas

Alhamdulillah, sebelum ini sudah cukup teruja bila dapat 17K Seminggu , hopefully, tak lama lagi dapatla saya mencapai target saya 20K seminggu. Oh ya, maafkan saya juga, bak kata Kenwooi di Entrynya How To Suck At Blogging , salah satu pointnya adalah untuk Suck at blogging adalah ” Blog about blog traffic too frequently. ” Maafkan saya ye jika nampak ke arah itu. Niat untuk berkongsi pengalaman dan idea yang mungkin boleh memberikan inspirasi/idea buat rakan-rakan bloggers di luar sana. 

Oklah, apa yang mahu saya katakan, tepuk dada, tanya selera. Everyone can do it (lebih dari ini pun sudah ramai silent bloggers yang sudah buktikannya) , cuma perlu yakin pada dri sendiri dan teruskan usaha. Saya ada kongsi-kongsikan juga Tips Blogging sepanjang almost setahun saya aktif berblog.

Last but not least, terimakasih pada semua pembaca. Tanpa anda , siapalah saya. Saya akan cuba memperbaiki mutu blog ini dan tegur-tegurkanlah saya ya ? Komen negatif pun saya terima dengan hati terbuka agar saya lebih membuka mata untuk ke hadapan.

P/s : Betul kata Sifuku, Melromeo , berblogging ini kalau kena caranya, ianya akan jadi lebih mudah. Tepuk dada , tanya selera. Sayapun banyak yang perlu dipelajari lagi. Jom sama-sama kita belajar dan bak kata Melz, “Sharing Is Caring”, Sama-samalah Kita Berkongsi Pendapat dan Idea untuk kebaikan bersama.

P/s/s : Rasanya bila masa yang sesuai untuk Eyriqazz bersara dari dunia blogging ya? Any suggestion ? Kadang-kadang bila Mood Ke Laut, terfikir juga ke arah itu. Mungkin ku temui jawapan untuk “Misteri Kehilangan Cik Epal” nanti.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Prestasi Trafik Terbaik Tahun Ini

Leave a Reply to Atia Adina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.