Prestasi Eyriqazz.Com July 2010

Salam dari Eyriqazz,

Rasanya ini pertama kali saya kongsikan prestasi Eyriqazz.Com ini untuk tempoh sebulan. Niat bukan untuk menunjuk-nunjuk, cuma berkongsi pengalaman yang mungkin berguna untuk bloggers di luar sana. Lagipun, prestasi Blog Cap Ikan Ayam Gorengni masih lagi jauh jika dibandingkan dengan ramai bloggers di Luar sana . Blogger Picisan menumpang lalu ya.


Statistik Berdasarkan Nuffnang Analytics

Stats berdasarkan Google Analytics

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat di hati, 11 bulan aktif berblog untuk mencapai Average 1,000+ unique visitors sehari. Takperlah, saya sudah cukup gembira dengan prestasi sendiri . Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Just believe in urself, biar lambat asalkan diri sendiri gembira dan kepuasan dirasa. Tak perlulah nak compare dengan orang yang lebih hebat , jadikan mereka sebagai motivasi/inspirasi untuk lebih berjaya dan perbaiki diri .

Traffic Source Overview July 2010

Alhamdulillah, sejak bertukar domain sendiri [ Selamat Tinggal Eyriqazz.Blogspot.Com ] , blog ini semakin mesra SEO dan more than 50% trafik blog ini datang dari Search engine. Jadi, kalau sesiapa mahu bertukar dan beralih ke dotcom ataupun Hosting sendiri, memang eyriqazz galak-galakkan dan sokong sangat. Banyak kelebihannya. Eyriqazz pun InsyaAllah akan bertukar ke hosting sendiri bila sudah habis berguru nanti + sudah yakin dengan ilmu untuk beralih ke hosting sendiri.

Trafik dari Referring Site
TerimaKasih buat Saudara SharingInfoz dan JE JAI kerana menyumbang top 10 trafik ke blog ini. As a gesture of goodwill, 5 GTO Pointz untuk both of you. Untuk Penyumbang terbanyak bulan August nanti, sayapun bercadang untuk kasi hadiah buat at least 3 penyumbang terbanyak ke blog ini. Hadiah blom ditentukan lagi. Tengok kepada rezeki yang datang bulan ini, kalau banyak,banyak la yang akan diberi.

Other Blogging Achievement July 2010 :

1) First and Second Advertorial From Nuffnang


2) Guest Blogger Nuffnang Sharing Session


3) I Won LG Cookie Fresh – Lucky Draw –


4) Tempat Kedua Contest dari AriffShah.Com


5) Alexa Ranking Below 150K in 3 Months

Tips Berblogging? Eyriqazz tak pandai kasi tips-tips ini, namun kalau nak tengok tips yang dikitar semula dan diolah dengan gaya bahasa sendiri boleh la rujuk entry ini : Tips Berblogging . Juga, bolehla tengok blog-blog dari Sifu-Sifu Eyriqazz di Luar Sana : Tips Blogging | Guru Oh Guru.
Alhamdulillah, jika dibandingkan dengan Analytics untuk June 2010 (Google Analytics), visitors ke blog ini adalah 22,463. Peningkatan sebanyak 36%, hopefully terus meningkat untuk bulan August 2010. Terima Kasih juga buat semua yang terus menyokong Eyriqazz.com walaupun saya sedar sayapun selalu saja menulis mengikut suka-suki/syok sendiri je apa yang saya nak tulis.
Terima kasih dari Saya
Menyokong dan terus setia
Salah dan silap saya menyusun 10 jari terlebih dahulu saya hanya insan biasa
Sempena bulan puasa yang bakal menjelma
P/s : Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya bukan blogger Popular, berblog untuk kepuasan diri sendiri. Kalau tersilap silap tu, tegur-teguri la saya ya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

42 thoughts on “Prestasi Eyriqazz.Com July 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.