Pertama kali Trafik dapat 17K++ Seminggu

Salam dari Eyriqazz,

Baruje bangun sahur dan lepas makan terus menerjah laptop. Almaklumla semalam tidur awal kerana rasa macam nak demam dan tak sedap badan. Gosok-gosok mata macam tidak percaya bila lihat Stats dari Nuffnang untuk seminggu ending 11 August 2010 melebihi 17K. First time rasanya sepanjang berblog secara aktif almost setahun ini  :


Stats Dari Nuffnang, 17,884 untuk Seminggu
Entry ini bukannya untuk menunjuk-nunjuk, cuma ingin berkongsi kegembiraan dan berkongsi informasi yang mungkin boleh membantu rakan-rakan bloggers di luar sana. Jika dilihat dari sudut positif, positif la jadinya, jika dilihat dari sudut negatif, negatifla jadinya. Apapun, saya memohon maaf yang part negatif, yang buruk itu datangnya dari diri sendiri.
Alhamdulillah, sejak bertukar own domain, blog ini semakin mesra SEO (search engine optimization). More than 60% trafik yang datang ke blog ini datangnya dari search engine especially Google. Alhamdulillah, bulan August ini nampaknya semakin menampakkan peningkatan.
Google Impressions
Google Impression pun sudah semakin meningkat. Oh ya, apa maksudnya Impression tu ya? Saya pun kurang faham, cuma apa yang saya tahu makin tinggi impression makin bagus. Mungkin kena tanya Kak YanmieOnline untuk lebih details ni.
Jangan takut untuk bermain SEO tapi cuba sesuaikan dengan cara yang anda suka dan kena dengan niche entry dan gaya anda. Cuba selitkan pendapat dan juga pengalaman peribadi agar pembaca pun selesa membacanya. Pagerank 0 bukannya bermakna anda tidak boleh maju dengan SEO, sayapun masih di Pagerank 0 sejak bertukar domain ini.
Oklah, berkongsi tips pula, Inilah tips yang mahu saya kongsikan berkenaan bermain-main dengan SEO ini:
1) Bergurulah dengan guru dan belajarlah dari entry-entry dan tips mereka. Antara guru-guru yang mantap dalam SEO ini yang mahu saya rekomenkan adalah Melromeo, YanmieOnline Kak Jie, AriffShah, MyJazmanie, Kulanzsalleh, Cikgu Dahlia , JARD ,Mohd Zaid, Cik Min,  Beliamuda , Denaihati , JE JAI dan ramai lagi. Banyak guru-guru hebat di luar sana, selidiki cara mereka dan ambil ilmu untuk perbaiki blog anda.
2) Trial and Error – Belajar dari kesilapan. Lihat keyword yang popular di blog anda . Stand out from the crowd . Tidak semestinya entry berkisarkan artis ataupun isu semasa yang popular saja boleh menghasilkan keyword yang dicari-cari. Resepi masakan, restoran, makanan, nama orang juga boleh menjadi hits yang mengancam.
3) Sesuaikan dengan diri anda – Kepuasan diri mestilah diutamakan. Cuba tengok Kak Jie, dia terror bermain keyword tapi dia sesuaikan entry dengan dirinya dan selesa menggunakan. Saya masih belajar-belajar pasal ini dan akui byk kesilapan juga .
4) Jangan mudah putus asa dan rajin-rajinkan membaca especially Isu Semasa.
5) Jangan takut untuk bertukar own domain or hosting sendiri. Terbukti, ianya lebih mesra SEO .
Cukupla dulu, salah silap dan jika mahu menambah, sila-silakan. Berkongsi itu bagus, the more you share/give, the more you will get. Bolehla juga join SEO Contest dari Denaihati untuk “Challenge Urself di Medan SEO”. Byk yang boleh dipelajari bila persaingan secara sihat ini.
P/s : Terimakasih buat semua pembaca yang menolong Mak Ngah Saya . Sumbangan dan entry dari anda banyak menolong. Alhamdulillah, selepas 3 hari almost RM2K sudah berjaya dikumpulkan. Plan asal nak balik minggu ni dan diberikan first sumbangan kepada Mak Ngah namun atas permintaan ibu saya, saya akan  pulang ke kampung minggu depan.
P/s/s : Alhamdulillah, rezeki berblog pun semakin meningkat. Betul kata pepatah, ” The More You Give, The More you will get”. Walaupun a few ‘proposal’ yang terpaksa saya tolak due to conflict of interest dan etc, namun saya gembira dengan apa yang saya perolehi kini.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

72 thoughts on “Pertama kali Trafik dapat 17K++ Seminggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.