Nor Azita Osman Hina Johor | Pandangan Saya

Terbaca kisah ini di beberapa buat blog, Kisah Nor Azita Osman Hina Johor. Rasanya ramai yang dah tahu kisah ni kan, sampaikan Famous Amous  pun turut menjadi isunya. Kalau tak tahu bolehla refer entry [ INI , INI, dan juga INI ]
Kata orang, kerana mulut , badan binasa. Namun, bagi saya, dia sudah memohon maaf dan mungkin sudah menyesal dengan perbuatannya. Saya bukan mahu membelanya namun rasanya dia sudah cukup malu dengan apa yang dia lakukan dan sampaikan delete akaun Facebooknya. Rasanya lebih dari 100 blog yang membuat entry pasalnya dan mengutuknya.
Puasa dah nak dekat, elokla kita bermaaf-maafan kan? Saya tidak mengenali siapa Nor Azita Osman ini namun rasanya dia sudah menerima padah apa yang dilakukannya. Hampir satu Malaysia mengenalinya kini dan siap ada gambar lagi. Tentu dia pun tertekan dengan jiwa seorang wanita, ibu, dan Isteri. Yang salah tetap salah, tapi bagi saya Maafkanlah Dia. Maybe she already learn a lesson dan jenaka yang cuba dibuat olehnya bersama rakan-rakannya termakan diri sendiri.
Bermaaf-maafan sesama kita
Bulan Puasa bakal menjelma
Kita manusia hanyalah manusia biasa
Tidak lari dari melakukan kesilapan ,moga-moga Maaf yang dipinta Ikhlas dari hatinya
Saya suka JOHOR. Kredit Picture to Carl Samsudin
P/s : Saya sukakan Johor. Bandarnya yang tidak sibuk membuatkan saya jatuh Cinta walaupun baru pergi ke sana sekali. Namun sukakan keadaaan dan suasana. Ada juga part yang masih boleh diperbaiki lagi. Taknak komenla nanti saya pula yang kena serbu. Setiap tempat mesti ada daya tarikan tersendiri kan? Ambil yang jernih, buang yang keruh, itulah sebaiknya.
Dan saya sokong juga usaha seperti komuniti JOHO ini. Syabas saya ucapkan buat Carl Samsudin dan rakan-rakan di atas laman web yang memang bagus untuk mempromosikan dan memperkenalkan negeri Johor ini.
P/s/s :Adik ipar mungkin bakal beristerikan orang Johor. Yey, tahun depan dapat hantar rombongan ke Johor. Carl Samsudin, jangan lupa sediakan Carpet merah ya untuk kami? Hik3, gurau aje.
P/s/s/s : Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Moral of the Story : ” Berhati-hati dalam meluahkan kata-kata, A lot of eyes and ears are watching”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

50 thoughts on “Nor Azita Osman Hina Johor | Pandangan Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.