Nekbat oh Nekbat

Kuih Nekbat | Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja

Balik kampung haritu, semasa mahu bersahur, adikku yang bongsu pulang dari kerja ( Kerja di restoran). Dia membawa pulang Nekbat. Memang teruja juga, kuih ini yang memang sedap yang memang sukar didapati di KL ini. Sudah lebih dari 5 Bazaar Ramadhan saya jelajahi tahun lepas, namun tiada satupun yang menjual kuih Nekbat di KL ni. Susah ke nak buat ya?

Tentu ada daripada anda yang tak tahu apa itu kuih Nekbat kan? Ok, meh Cikgu GTO nak kasi informasi skit pasal kuih ini :
Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.


Memang sedap dapat pekena Nekbat, bila diletak dalam peti sejuk dan pekena time berbuka/juadah berbuka puasa, memang menggiurkan. 

P/s : Kat KL ni mana boleh dapatkan Kuih Nekbat time bulan puasa ni ya? Teringin mahu makan lagi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Nekbat oh Nekbat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.