Mengapa RTM Perlu Memperbaiki Kelemahan?

RTM Perlu Memperbaiki Kelemahan untuk terus Relevan di Persada Penyiaran Malaysia

Terbaca kisah ” RTM must overcome weaknesses, become more relevant ” dan betul seperti kata Datuk Ibrahim Yahaya yang RTM perlu memperbaiki kelemahan. Umm, saya sudah teguri di entry/Contest  yang saya sertai sebelum ini iaitu ” Kenangan Saya Bersama RTM” dan saya juga mengambil sikap proaktif dengan mengemailkan kepada RTM namun ianya bagaikan masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Usahkan respons positif, e-mail saya pun tak berbalas . Oklah, saya tekankan sekali lagi, inilah Pendapat Saya Untuk Memperbaiki mutu RTM :

1) Satu slot dapat dibuka untuk penonton memberikan pendapat dan pandangan misalnya di Facebook Fan, twitter, e-mail dan banyak lagi bagi memperbaiki dan berkongsi pendapat. Kalau inginkan peningkatan, mestilah tanya penonton kan?

2)Slot-slot dan cerita yang lebih menarik di RTM. Dalam pandangan saya, kartun-kartun lama yang best seperti saya nyatakan di atas, disiarkan semula disamping cerita yang lebih mesra dan menarik hati penonton. Saya ingin sangat nak tengok Keris Hitam Bersepuh Emas ditayangkan semula.

3)Laman web http://www.rtm.gov.my dapat diperbaiki. Sekali tengok ,nampak macam kurang profesional ,tidak begitu up todate, tulisan yang kecil ,gambar-gambar yang kurang menarik, membosankan, dan sekali singgah tidak mahu singgah lagi. Mungkin boleh tengok website TV3, http://www.tv3.com.my , perbezaan kualiti laman web bagaikan langit dengan bumi. No wonder, TV3 semakin utuh di persada Malaysia dengan pelbagai inisiatif baru dilancarkan.

4)Lebihkan promosi dan buat survey macam Merdeka Survey jadi feedback secara dekat dapat diperolehi.

P/s : Apa pula pandangan anda tentang RTM?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Mengapa RTM Perlu Memperbaiki Kelemahan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.