Malaysia Negara Ku | Berbuka Puasa Hanya RM2?

Berbuka Puasa dengan Hanya RM2 ( Kredit Picture here )


Fuhh, sungguh terkejut bila membaca entry Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku , tak sangka dengan RM2 sudah boleh berbuka puasa? Macam tidak percaya hati ini, beli kuih-kuih dan air di Bazaar Ramadhan pun sudah melebihi RM2. Sedikit petikan dari entry itu :
” SHAH ALAM, 13 Ogos — Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.
Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.
Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.” – Selebihnya bolehla rujuk entry itu –
Tahniah dan syabas diucapkan. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, masih ada pihak yang prihatin dengan penderitaan/kesulitan rakyat dan inisiatif sebegini patut dipuji ,dicontohi dan diikuti oleh ramai lagi. Ramai yang kaya raya di luar sana namun kurang mengambil berat tentang hal kemasyaratan dan kebajikan orang lain.
Teruskan usaha murni dan syabas buat Restoran Malaysia Negaraku dan juga pemiliknya Datuk Zainal Abidin Awang Kechik.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

36 thoughts on “Malaysia Negara Ku | Berbuka Puasa Hanya RM2?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.