Luahan Hati Seorang Guru | Great Teacher Nanako

Great Teacher Nanako . Cinta Pertama Great Teacher Onizuka

Tersentuh hatiku dengan entry Murid Bergaduh dengan Guru di Buletin Utama TV3 , memang agak kurang ajar murid itu tapi rasanya cara cikgu yang menegur itupun salah juga. Beremosi dan tidak bijak. Tak pastilah pula, saya bukannya guru, cuma isteri seorang guru. Inilah Video yang dimaksudkan itu :


Macam-Macam Zaman Skangni Kan? Anak Murid pun tak lagi Seperti Dulu. Lebih Sudu Dari Kuah
Sebelum saya komen lebih lanjut, dengarkanlah pula luahan hati seorang guru/ Isteri Saya :
Geramnya dgn anak2 muridku hari ni….cikgu kata putih, kamu kata hitam….cikgu suruh tulis HURUF BESAR….kamu tulis huruf kecil….cikgu suruh isi nama jer….kamu pi salin semua kertas borang tuh dr cth lama…..mcm ne x hangin???!!!….rasanya yg x bergelar guru pun GERAM dgn kamu!!!….lpstu siap megata lak cikgu ni GARANG!!!….kalo lah hari2 mcm ni, suatu hari….cikgu siat2 n makan daging kamu baru tau!!
Haa, Isteri saya yang agak penyabartu pun boleh mahu siat-siat daging dan makan daging mereka? Hik3, Isteri saya bergurau je tu cuma itu luahan hati bila geram dengan keletah anak murid zaman kini. Ini ok lagi, mengajar sekolah yang boleh dikatakan disiplinnya agak baik jika dibandingkan dengan banyak lagi sekolah di luar sana.
Apa pula kata pengomen di Video itu , Ada sesetengahnya betul-betul menarik hati saya :
1) budak zaman sekarang ne memang macam sial.. ramai lagi budak se celake macam ne kat negara kite sekarang ne. ini lah bangse yang di tatang oleh kerajaan kite. guru akan salah segala-galanya.. biarkan la ramai generasi mcm ne. pasne lagi ramai la budak jadi setan macam ne pasal berite dah bagi green light. nutp pon tak mau bela cekgu. syabas malaysia.. malaysia boleh. guru-guru bersedia..
2) rm..bg pendapat mia dua2 pihak pon ade salah masing2…cuma yg paling ”kurang beradab” kat sini,pelajar tu lah…first time mia tgk student yg kurang ajar mcm ni…mse mia dulu,nak pndg mate cikgu mase die tgh marah pon takut..ni kan menunding2 jari malah menengking…IBU BAPA kini dah tahu lah, sbnrnya sikap anak2 sndiri..xkan itu pun,guru yg kene selesaikan..utk cikgu berbaju kuning ni : dia perlu tahu care nak handle kes budak2 kurang di ajar ni….tp bukan dgn cre lawan api yg tgh marak..
Cukupla dulu, selebihnya bolehla terjah video itu.
Siapakah yang harus dipersalahkan? Rasanya bukan murid saja yang patut dipersalahkan, banyak faktor lain juga seperti didikan ibu bapa, faktor rakan , pihak kerajaan dan pelbagai lagi.
P/s : Oh, semakin risau aku dengan kerjaya yang penuh mencabar Isteriku. Great Teacher Onizuka, bila mahu turun Malaysia perbetulkan mutu anak-anak murid di sini pula?
P/s/s :Apa pula pandangan anda ?Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

33 thoughts on “Luahan Hati Seorang Guru | Great Teacher Nanako

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.