Kes Bunuh,Bunuh Diri Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat | Pandangan Saya

Agak terperanjat juga bila harini tiba-tiba keyword “Siti Rohana Ismat” keluar dari histats keyword blogku. Pelik juga, tak buat pun entry ni. Godek punya godek, jumpalah, rupanya terkena tempias dari entry JARD : Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat Mati Ditembak dan dikategori ‘bunuh, bunuh diri’

Takziah diucapkan buat ahli keluarga Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat
Sedikit info dari The Malaysian Insider :
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.

Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri.

Kredit Picture to JARD
Pandangan saya yang memang tidak gemarkan politik ini, sukar untuk dikatakan sebab/Misteri kematian ini. Adakah betul bunuh/bunuh diri pun saya tidak dapat membuat andaian.
Dunia politik ini penuh teka teki yang sukar dirungkaikan dengan daya pemikiran orang seperti saya ini. Apa jua boleh terjadi di dalam politik dan saya pernah membaca Novel Sidney Sheldon/Jeffrey Archer, salah satu kata yang menarik hati saya ” The Biggest Con in the World is Politics”. Betulke?

 Sayapun tak pasti. Pengalaman peribadi saya membuatkan saya serik dan loya untuk masuk campur pasal politik ini. Contohnya negeri saya sendiri, Terengganu, salah satu negeri yang cukup sensasi dengan politik, sampaikan Menteri Besarpun…Opss…malasla nak cakap banyak, faham-fahamla..

Apapun, biarlah polis membuat siasatannya. Tentu ada sebab di sebalik sesuatu perkara/kejadiankan? Cuma sedih, dah dekat dengan bulan Puasa/Ramadhan dikejutkan dengan berita sebegini.
P/s : Doa-doakanlah kesejahteraan kepada yang telah pergi . Kita yang masih hidup, teruskan perjuangan dan perbaiki diri ini. Sayapun masih banyak yang perlu diperbaiki diri ini, cukup kagum dengan tatasusila dan budi pekerti Imam Muda.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Kes Bunuh,Bunuh Diri Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Siti Rohana Ismat | Pandangan Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.