Kenapa Wanita Suka Membebel?

Tak buat salah, buat pun salah. Itulah sindrom yang dialami oleh kaum lelaki/suami especially. Wanita memang tidak dapat lari dari sikap suka membebel. Balik kerja lewat kena bebel, buat itu kena bebel, tak buat itu kena bebel, boleh katakan sehari kalau tak mendengar Isteri membebel memang tak lengkap la kehidupan seharian ini.Hik3 , ayat ini khas ditujukan buat Sumijelly, Redmummy, Suliana, Kancilbiru dan semua wanita di luar sana.

Kenapa Wanita Suka Membebel?
Jom, kali ini saya ingin berkongsi Informasi kenapa Wanita Suka Membebel . Sebelum itu , kredit Buat Saudari AyuFatarina, penulis Ebook yang bertajuk Panduan Cinta Untuk Lelaki” dan juga Entry dari Berita Harian yang bertajuk “ Sindrom Isteri Kuat Berleter
Kenapa Wanita Suka Membebel?
1) Wanita membebel kerana inginkan perhatian.
Komen :Setuju-setuju.
2) Sebagai tanda peringatan.
Komen :Setuju2, itu tandanya dia sayangkan kita. I.e. Abang ni janganlah bawa motor laju2, bahaya tau, nak tengok citer ADAMAYA pun janganlah merempit-rempit ni.
3) Marah dan geram
Komen :tepuk dada ,tanya selera. Kalau Suami tak buat Isteri marah dan geram, takkan la Isteri nak membebel kan? (dushh, tujukan kat diri sendiri juga)
4) Fitrah wanita tidak suka memendam perasan
Komen : Haahla, no wonder ramai perempuan lebih pandai buat ketupat dan jadi pengacara. Hik3..
5) Mengulas mengenai kecenderungan isteri kuat berleter terutama dalam konteks masyarakat tempatan, pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berpendapat memang sudah lumrah semula jadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah berleter.
Komen :Umm, kalau dah pakar cakap camtu.
6) Sedangkan Mohd Fadzilah berkata, tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan.
Komen :Setuju-setuju. Bak Kata rakan saya Suliana  : Kalau tak membebel, bukan wanita namanya. Hik3…Betulke?
7) Malah, sudah dibuktikan dalam kajian di mana kita melihat bagaimana wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya kira-kira 7,000 kuota yang sama.
KOmen : No wonder, patutla boss Pompuan lagi cerewet dari boss lelaki kan? Hik3…
Apapun, yang penting sikap tolak ansur itu penting. Banyak sebab wanita itu membebel. Kadang-kadang sayani bila tak tahan saya pekakkan telinga, butakan mata walhal yang salahnya memang diri sendiri. Namapun Suami@Lelaki, banyak perkara difikirkan remeh-temeh walhal di hati Si isteri, sangatlah penting Cik AbaNG OOII. Maafkan ABANG YA sayang? Tapi, kalau kurang membebel pun best juga. Hik3…
P/s : Tepuk dada tanya selera, give and take dan terimalah pasangan anda seadanya. Kalau kita boleh menerima kelebihan dia, kenapa kekurangan nya kita tidak boleh terima? Tak gitu?
P/s/s :Alam perkahwinan ini indah namun banyak panca robanya. Jika tidak cekap ‘handlenya’ rumahtangga yang dibina mudah runtuh dan dibawa ombak pantai. Ewah,pandai-pandaije eyriqazz ni.
P/s/s/s : Terimalah wanita seadanya, diorang membebel pun sebagai tanda sayang dan ingat-mengingati. Tak gitu wanita-wanita di luar sana?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

54 thoughts on “Kenapa Wanita Suka Membebel?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.