August 24, 2010

Kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera dipijak | Melampau Sungguh


Adakah Perbuatan Sebegini Patut?

"Memang melampau apabila Kedutaan Malaysia Ke Indonesia   telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini. 

Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia. 

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.  - Sumber dan Berita Penuh di
Malaysiakini - "

Memang melampau pada pandangan saya, walaupun sehingga kini saya masih belum mengundi, saya masih sayangkan Negara saya. Cepat-cepatlah settlekan isu di Perairan Bintang dan isu-isu yang lain.

Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah Malaysia sendiri telah memainkan peranan yang berkesan dalam isu-isu yang berkaitan dengan hubungan Malaysia dan Indonesia?

P/s : Jangan sampai isu ini terus diheret dan menjadi lebih teruk. Memang ramai rakyat Indonesia menumpang rezeki di Malaysia, tapi mampukah Malaysia terus bertahan dan terus kukuh tanpa Buruh dari Indonesia dan hubungan yang baik dengan mereka? Tepuk dada, tanyalah YB yang bijak pandai.

32 comments:

Hamzah Ian said...

alahai... nape la jadi camni

Ariff Shah said...

tak berani nak tulis pasal isu camni kat blog.. serammm...

anyways.. memang melampau bendera tu. takde kerja cari kerja. tapi hari tu ganyang2 tak sampai2 lagi

Hime said...

xsuka Indon2 ni.dh la dtg wat serabut kat Msia.penuh kat KL, klang n byk lg la tempat yg diorg monopoli.pastu nak kutuk mcm2 kat Msia.mmg tak tahu bersyukur

Che Armster said...

Aku cukup menyampah dengan orang yang terlalu fanatik sampai bertindak bodoh macam ni. Tengok la mesti esok lusa ada kuar sesi menyalak2 kat buletin utama. poyo.

hakimfaridzul said...

bro eyriqazz, terima kasih kerana menyinggah.

isu ini pada pendapat saya, pihak pentadbiran perlu lakukan sesuatu! bukan pihak pentadbiran kita semata-mata.

indonesia juga perlu memainkan peranan sebab ia adalah tentang hubungan uda hala. dalam hubungan dua hala, persefahaman dan termeterainya ikatan adalah penting. tapi, jiwa rakyat juga perlu dipupuk supaya menghargai negara lain yang banyak membantu dan lebih-lebih lagi Malaysia sebagai jiran~

pelik la, demonstrasi melampau! isu dua negara, tapi negara sebelah sana je yang melampau!

transformed housewife said...

kita sama2 memerlukan. kenapa perlu buat tindakan2 kurang berakal begini? Adakah sukar hendak cari jln penyelesaian?

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

teruknya... nak marah jer..tapi tak boleh..puasa2.. sabar2 nie..huhu

zackpantai said...

itu semua sebab media, media yang main peranan dalam hal perhubungan antarabangsa, rajin2 la tgk tv diorang.

fikah mus said...

aduh..
mesti ke tiap2 kali nak kena demo terlampau macam tu, bila ada je ketidakpuasan hati terhadap sesuatu??
lelah tengok semua ni.

Sharinginfoz said...

memang teruk betul diaorang ni

amirah said...

isu-isu sensitif mcm ni kena tangani secra berhemah..mcm menarik rambut dlm tepung..mcm bro kata, kita kan negara berjiran..

Atia Adina said...

ish diorang ni tak reti bersyukur...punya lah ramai rakyat diorang ni cari makan kat sini....hantar balik lah semua...menyemak jer....

Kap said...

politikkkkk.

Mohd Shahrul Hafizi said...

Setuju dgn pandangan Kak Amirah, kerajaan terutamanya pemimpin negara haruslah bijak mencari penyelesaian yang berhemah (win-win situation) supaya isu seumpama tidak berulang.

maslinamansor said...

sakit hati ini....

Eyriqazz said...

@Hamzah Ian :macam2

Eyriqazz said...

@Ariff Shah:itulah..melampau juga..nasib baikla rakyat malaysia tidak terikut2..kalau tak?makin parah jadinya

Eyriqazz said...

@Hime :dlm ramai2 indon ada juga yang ok dan sekadar mencari rezeki yang halal dan tidak menyusahkan hidup orang...

Eyriqazz said...

@Che Armster:kita tunggu dan lihat bro...

Eyriqazz said...

@hakimfaridzul:sama2...setuju 100% dengan pendapat bro..thumb up..

Eyriqazz said...

@transformed housewife :jalan penyelesaian ada tapi inilah jadinya bila emosi melepasi perasaan...

Eyriqazz said...

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau :sabar2....kita ni satu agama..

Eyriqazz said...

@zackpantai:media pun memainkan peranan yang penting..kalau buruk yg dikata,makin burukla jadinya

Eyriqazz said...

@fikah mus ;rasanya mungkin mereka dibayar oleh pihak2 tertentu yg kepentingan

Eyriqazz said...

@Sharinginfoz :teruk dan melampau juga

Eyriqazz said...

@amirah:setuju..

Eyriqazz said...

@Atia Adina :x baik cakap camtu..ramaije indon2 yang mencari rezeki yang halal dan tidak menyusahkan orang..jgn kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..

Eyriqazz said...

@Kap:politik memang memeningkan

Eyriqazz said...

@Mohd Shahrul Hafizi :setuju juga..win-win situation adalah yang sebaiknya..

Eyriqazz said...

@maslinamansor :sabar2

nashue said...

salam,buat bertambah malu je rakyat dorang ni.Time puasa Ramadhan pun mengamuk.Susah betul dorang ni nak kawal diri.Mujur rakyat kita tak ikutkan perassan macam dorang.Kalau tak>>> "_" Jealous ke kat Malaysia?

SPIRULINA said...

kita orang yang beriman dan berpendidikan usah hirau perbuatan mereka.... sebab perbuatan seperti ini adalah perbuatan orang suruhan..
i rase mesti ada orang yang ketiga...
iaitu "KOMUNIS".. so i harap semuga kita jangan melatah...

Related Posts with Thumbnails