Kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera dipijak | Melampau Sungguh


Adakah Perbuatan Sebegini Patut?

“Memang melampau apabila Kedutaan Malaysia Ke Indonesia   telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini. 

Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai “hadiah” untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi “najis” yang lebih kotor kepada Indonesia. 

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.  – Sumber dan Berita Penuh di
Malaysiakini – “

Memang melampau pada pandangan saya, walaupun sehingga kini saya masih belum mengundi, saya masih sayangkan Negara saya. Cepat-cepatlah settlekan isu di Perairan Bintang dan isu-isu yang lain.

Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah Malaysia sendiri telah memainkan peranan yang berkesan dalam isu-isu yang berkaitan dengan hubungan Malaysia dan Indonesia?

P/s : Jangan sampai isu ini terus diheret dan menjadi lebih teruk. Memang ramai rakyat Indonesia menumpang rezeki di Malaysia, tapi mampukah Malaysia terus bertahan dan terus kukuh tanpa Buruh dari Indonesia dan hubungan yang baik dengan mereka? Tepuk dada, tanyalah YB yang bijak pandai.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Kedutaan Malaysia dilempar najis, bendera dipijak | Melampau Sungguh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.