Isteriku Digoda Anuar Zain

Saya memang betul-betul tak puas hati kat Anuar Zain. Ada hati dia nak menggoda Isteriku. Saya tak kisah siapa dia, mentang-mentangla dia artis Popular, Hensem dan masih single, takkan la sampaikan Isteriku pun mahu digodanya? Memang geram betul aku dibuatnya. Ehh, ini bukan omong-omong kosong, ada bukti dan gambar lagi. Bolehla tengok sendiri :

Issh, Ini Boleh Menimbulkan Marahni
Tengoklah, bukan setakat isteriku, Isteri-isteri orang lain pun cuba digodanya? Dushh, nak kena luku Abang Anuar Zain ni. Hik3, sorry Abang Anuar Zain, gurauje, gambar ini diambil ketika Majlis Annual Dinner Ofisku. Beriya-iya benar Isteri nak bergambar dengan Anuar Zain. Hak3, dah nama pun pompuan, kalau saya diberi peluang untuk bergambar dengan Lisa Surihani ataupun Fauziah Latiff sayapun tak tolak.Ahakz lagi.
Yerlah, nasib tahun ni kurang baik skit. Dapat meja antara paling last dan tengok di skrin je lah jawabnya. Pentas utama agak jauh. Mula-mula tu Isteri dapat bergambar :
Begini pun Jadilah… (Nasib baik tertunai juga di hatinya bergambar dengan Anuar Zain)
Eden pula? Tak sempat nak bergambar dengan Anuar Zain, ramai sangat mak-mak budak dan wanita di tempat saya bekerja yang mahu bergambar dengannya. Takperlah, gambar adik beradik eden dah ada dengannya :
Cam Adik Beradik Kan? Hik3…
Overall, persembahan Anuar Zain malam tu memang not bad lah. Yang kaum wanita nya apa lagi, asyik bersorakla, dapat artis hensem sebagai artis jemputan. Rakan sepejabat lelaki ku pula , entah dia tak suka ke apa, “Huh, Kontrol Macho la dia, pompuan suka la dia nyanyi.” Hak3, tergelak aku. Aku rasa ok aje Anuar Zain menyanyi malam tu cuma Interaction dengan Audience Kurang skit tak seperti tahun-tahun lepas Artis Jemputan iaitu Sarimah, Sheila Majid, dan Dayang Nurfaizah.
P/s : Tahun depan teringin dan mahu wish Ofisku menjemput Fauziah Latiff dan Aizat pula . Kegemaran eden dan Isteri.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Isteriku Digoda Anuar Zain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.