Ho ho… Balik Kampung

Ho ho… Balik kampung  (credit picture to Myfr3ak )

InsyaAllah, kami akan pulang ke kampung selepas berbuka puasa malam ini. Mula-mula mak suruh balik minggu depan tapi semalam mak telefon suruh balik minggu ni kerana ada hal yang perlu diuruskan. Yey, gembiranya hati dapat pulang ke kampung. Dapat makan mee rebus masakan mak dan juadah-juadah kampung yang menyelerakan, keropok lekor, satar,laksa terengganu, nasi dagang dan sebagainya jika berkesempatan.
Oh ya, terimakasih juga buat semua yang menderma dan menyumbang untuk Mak Ngah saya [ Berita Sedih Dari Kampung Sumbangan Anda Diperlukan ] .Alhamdulillah, selepas 4 hari jumlah sumbangan hampir mencecah RM2 ribu  (RM1,923 di Akaun Maybank Saya dan RM50 di akaun CIMB Adik)

Terimakasih Buat Semua Penderma
Semoga Allah membalas jasa semua penderma. Saya doa-doakan semoga anda murah rezeki, gembira selalu dan berjaya dunia akhirat. Cukup tersentuh hati saya dengan seorang Hamba Allah yang saya kenali yang menyumbang RM1 ribu untuk mak saudara saya. Walaupun dia masih single, anak sulung, masih menanggung adik-adiknya masih bersekolah+belajar , sumbangan yang diberikan hampir membuatkan air mata saya menitik, sampaikan saya sendiri menanyakan , betulke ni? takut-takut dia tersilap letak kosong di belakang. Yerlah, bulan puasa dan raya nanti tentu nak guna juga kan? Rasanya saya pun tak mampu memberikan sumbangan sebanyak itu. Apapun, kecil besar bukannya ukuran, yang penting keikhlasan hati.
InsyaAllah, akan saya sampaikan sumbangan derma ini kepada Mak Cik saya nanti setibanya saya di Terengganu. Kalau mendapat keizinan dari makcik saya, saya akan ambilkan gambar rumah dan gambar-gambar yang lain sebagai bukti. Takutla orang mengata saya menangguk di air keruh /mengambil kesempatan di atas kesempitan. Minta-minta dijauhkan bulan-bulan puasa ni.
InsyaAllah, ini derma yang pertama akan saya sampaikan buat mak cik saya. Saya bercadang untuk meneruskannya sepanjang ramadhan yang mulia ini. RM2 ribu bukannya jumlah yang besar bagi seorang ibu tunggal yang terpaksa membesarkan 6 orang anak yang masih bersekolah. Jadi, sekiranya ada yang sudi menyumbang selepas ini, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. the more you give, the more you will get. Itulah prinsip yang saya pegang sehingga kini.
P/s : Doa-doakan perjalanan pulang kami. Semoga Selamat Pulang dan Selamat Kembali.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Ho ho… Balik Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.