Hampir 34 Peratus Pekerja Gaji Di Bawah Garis Kemiskinan | Pandangan Saya

Terbaca di Berita Harian Kisah HAMPIR 34 PERATUS PEKERJA PEROLEH PENDAPATAN BAWAH GARIS KEMISKINAN . 1.3 Juta pekerja memperolehi gaji bawah RM700 sebulan.
Gaji Oh Gaji
Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720 sebulan. Oh, 1/3 gaji pekerja Malaysia di bawah tahap kemiskinan. Tapi bagi saya RM720 bukannya di tahap kemiskinan, kalau di KL ini, gaji RM1,500 sudah boleh dikira tahap miskin bagi saya.
Semakin besar jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin. Yang kaya terlampau kaya, dengan bilangan elit yang tak ramai especially kaum melayu, yang miskin dan sederhana semakin miskin. Kenaikan gaji pula tidak setimpal dengan kadar inflasi. Terbaru, Harga Minyak Naik Lagi?

Semasa saya di belajar di UK , boleh dikatakan walaupun gaji mereka tidak lah besar, tapi pekerja kilang dan cleaner pun mampu memiliki kereta dan rumah sendiri. Kalau tak bekerja ada elaun tidak bekerja (tidak sesuai di Malaysia rasanya). Minimum gaji yang ditetapkan pun setimpal dengan kerja yang dilakukan. Kadar inflasi pun rendah di sana.

Oh, saya sedih terutamanya terkenangkan saudara-mara di kampung yang bekerja sendiri, makan gaji dan pendapatan yang bawah RM1,000 dengan anak at least 2-3 orang. Negara kita kaya dengan sumber alam dan hasil bumi, namun kenapa nasib pekerja tidak terbela? 
Inilah kuasa pasaran, bila lambakan pekerja banyak, graduan mengganggur meningkat, syarikat-syarikat tidak begitu khuatir untuk menaikkan gaji pekerja. Contohnya bila 5 tahun lepas saya bekerja di sebuah bank komersial, gaji yang ditawarkan hanyalah RM1,800. Sekarang, tanya rakan sekerja di sana, gaji yang ditawarkan untuk jawatan yang sama hanyalah RM2,000 untuk fresh grad (sama macam saya mula bekerja dulu)
Saya bukan mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, namun bagi saya, tindakan dan langkah yang berkesan perlu diambil oleh kerajaan terutamanya . Jangan sampai suatu hari nanti, rakyat pula memberontak di jalanraya, ada ibubapa yang terpaksa mencuri,merompak untuk mencari sesuap nasi untuk si anak. Tidak mustahil ianya berlaku. Saya tidak mahu negara ini jadi macam negara Zimbabwe, berbillion-billion ringgit tidak membawa nilai yang besar.
P/s : Kalau paras kemiskinan diletakkan pada RM1,500 rasanya-rasanya sampai 50% tak?
P/s/s : Terbaca buku Chef Li bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap“, kisah pendatang asing yang menjadi kaya  meniaga Air Soya, Char Koi, dan macam-macam lagi namun ramai rakyat Malaysia yang masih diambang kemiskinan dan terperangkap dengan “Rat Race” . Saya salah seorang yang terperangkap dalam Rat Race itu ( bolehla baca buku Robert Koyisaki, Rich Dad, Poor Dad pasal Rat Race ini).
P/s 3 : Mat Joe, saya nak menuntut Ilmu Hartanah la ngan bro. Mahu maju dan buat Income dari Sewa rumah macam bro. Bila mahu lepak-lepak lagi? .Singgah-singgahla di blog Mat JOE , banyak tips berkenaan kewangan boleh diperolehi di sana. Aku memang kagum dengannya, walaupun gaji di bawah RM3,000 (kan bro? ), sudah mampu memiliki dua buah rumah dan salah satunya mempunyai Positif Cash Flow.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Hampir 34 Peratus Pekerja Gaji Di Bawah Garis Kemiskinan | Pandangan Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.