Dinar Emas dan Dirham Menjadi Buruan

Dinar Emas Dan Dirham Menjadi Buruan ( Kredit Picture to Myjazmanie )
Wah, dinar emas dan dirham betul-betul menjadi buruan terutamanya bagi rakyat Kelantan. Bentuknya nampak cantik, menarik, dan diperbuat daripada emas tulen dan perak. Terbaca entry yang agak menarik pasalnya iaitu Rakyat Kelantan buru dinar, dirham dijadikan hiasan diri . Serba-sedikit Informasi yang diambil dari entry ini :
Menjadi Buruan – Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di sini bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.
Pandangan Pembeli – Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.
“Emas ini ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ini saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi,” katanya kepada Bernama di sini.
Harga Dinar Emas dan Dirham – Bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).
“Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260).
Kenapa Ianya Menjadi Buruan? – Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan,” katanya.
More Info Pasal Dinar Emas dan Dirham? – Bolehlah layari laman web ini : http://islamicmint.com.my/
Wah, nampak menarik. Teringin juga nak beli ni. Boleh beli Dinar Emas untuk dihadiahkan kepada Isteri ataupun Alisya. Beli emas ni harganya agak stabil dan biasanya akan selalu naik dari tahun ke tahun. Pelaburan yang selamat dan berkesan. Tapi, jangan lupa bayar zakat skali bila cukup syaratnya pula.
For legal tender untuk matawang, rasanya BNM tak iktiraf dinar emas dan dirham ni.
P/s : Apa pula pandangan anda padal dinar emas dan dirham ni? Menarik dan teruja tak untuk memilikinya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Dinar Emas dan Dirham Menjadi Buruan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.