Betulke Model Kereta Waja Baru Akan Dikeluarkan Tahun Ini (2010) ?

Betulke Model Kereta Waja Baru Akan Dikeluarkan Tahun INi (2010) ? .Sambil-sambil menonton Berita jam Pukul 8 malam tadi di TV3, ada satu berita berkenaan kisah yang dipaparkan di sebuah blog (tidak disebut nama blognya) pasal Model Kereta Waja Baru yang berada di jalanraya dengan gambarnya sekali. Ura-Ura dan Sumber dari TheStar mengatakan [ Proton in product collaboration with Mitsubishi] model ini akan dikeluarkan selepas 2010 .Adakah bermakna selepas itu 2011 ataupun tahun ini?. Sikap ingin tahu, jadi sayapun menggunakanlah Skill Men Google yang tidak seberapa ini dan inilah yang saya temui :


Adakah Ianya Seperti Model Mitsubishi Lancer [ Kredit Here ]
Ataupun Camni [ Kredit Here]
Ehh, Ni dah berada di Jalanraya ni?  [ Kredit Here ]
Ni No Plate Negara Mana ya ? [ Kredit Here ]
Biasaje Saya Tengok [ Kredit Here]
More Pictures Can Click Here
Cantik Juga Kan ? [ Kredit Here ]
Teruja tak tengok ? Saya pernah memandu kereta Waja, Milik Bapa Mertua. Pinjam semasa balik raya dari Kelantan ke Terengganu. Not bad dan lebih seronok memandunya berbanding dengan kereta Kami Sekarang iaitu Perodua MyVI. Dengar cerita model ni bakal mencecah harga RM80 ribu lebih. Betulke?
Bagi kami, mungkin tidak kot. Bercita-cita untuk memiliki Kereta Toyota Vios untuk  digantikan dengan kereta Myvi kami. Tengoklah camne nanti. Apapun, kalau betul ini gambar-gambar model kereta waja baru yang akan dikeluarkan proton tidak lama lagi, ianya nampak cantik dan menarik juga cuma bagi saya kereta Proton ini bagaikan ” Indah Khabar Dari Rupa” ataupun “Muka Depan Lagi Cantik dari Dalamannya” . Maaf, hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan keluarga.
P/s : Apa pula kata anda? Adakah Kereta Proton Menjadi Pilihan Anda?Adakah model terbaru kereta Waja ini mampu membuatkan anda berdegup kencang dan terus booking bila ianya berada di pasaran?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

40 thoughts on “Betulke Model Kereta Waja Baru Akan Dikeluarkan Tahun Ini (2010) ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.