Betulke Isteri Imam Muda Cantik Abang?

Abang, betulke Isteri Imam Muda Cantik Abang? Itulah yang terpacul dari mulut isteriku semalam. Hik3, ini gara-gara menonton Kemuncak Imam Muda hari Jumaat malam yang lepas. Oh ya, Tahniah Buat Asyraf kerana bergelar Juara Imam Muda yang Pertama. Rasanya, Rancangan Ini bakal menyusul untuk musim kedua dan seterus-seterusnya. 

Haahla sayang , both Isteri Imam Muda Asyraf dan Hizbur memang Cantik dan Ayu  . Tapi sayang sudah pasti lagi cantik di hati abang. Alah, tak salah memuji kecantikan yang memang betul kan? Yang penting hati ini. Hik3, wanita ni memang mudah tersentuh bila kita cakap pasal kecantikan wanita lain. Sayang tengoklah sendiri dan nanti sayang pula kasitau abang ya?

Isteri Imam Muda Asyraf : Nurhusna Yusof, 23 Tahun

Isteri Imam Muda Hizbur | Liliyana Hasanah Yudi, 23 tahun

Sorry Kak ina KL,ambil  gambar tak minta kebenaran dulu, tapi teruja nak bercerita juga kisah Isteri Imam Muda ini yang sememangnya Cantik dan memiliki budi pekerti yang murni kalau melihat dari Kemuncak Imam Muda. Both masih muda, berumur 23 tahun, mempunyai wajah yang lembut dan ala-ala gadis kampung, bertudung menarik , dan sejuk mata memandang. Umm, Benarlah seperti Di Dalam Surah An-Nur ” Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..” Bukti yang sudah jelas sekali. Tahniah buat both Imam Muda Asyraf dan Hizbur, mereka pun apa kurangnya, senyuman manis, hensem, sejuk mata memandang dan mempunyai suara yang boleh melemahkan any wanita di luar sana (kan,kan? )

Terlanjur cakap pasal Isteri, sayapun ingin mengucapkan Syukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan seorang Isteri yang cantik, dan terbaik buat saya. Kadang-kadang saya sendiri tertanya-tanya di dalam diri ini, rasanya saya belum cukup layak untuk si Isteri, kerana dia terlalu baik bagi saya jika dibandingkan diri diri ini yang masih banyak yang perlu diperbaiki bagi menjadi seorang suami yang terbaik.

Apapun, nasihat saya, bagi semua suami di luar sana, don’t take ur wife as granted. Jagalah dan belailah mereka sebaik mungkin . You will never know what u have until u lose it. Isteri dan anak, antara anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

P/s : Apa pula pandangan anda? Cantik tak Isteri Imam Muda? Bagai Pinang dibelah dua, bagi merpati dua sejoli, dan menjadi model yang begitu bagus untuk anak-anak muda di luar sana. Syabas buat Astro juga . Teruskanlah program-program seperti ini di masa depan. It much more better than Sehati Berdansa mahupun Akademi Fantasia.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

54 thoughts on “Betulke Isteri Imam Muda Cantik Abang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.