Berhati-Hati dengan Jualan Murah


Indah Khabar dari Rupa (Gambar kredit to
Mstar Online )

Terbaca di Mstar Online kisah Awas Jualan Murah , jadi kesimpulan yang dapat saya katakan, berhati-hati dengan Jualan Murah, ianya tidak semestinya murah dan mempunyai harga yang berpatutan. Sedikit Informasi yang ingin dikongsi dari entry itu :

Persoalan :  adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.

Kes/BuktiSehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 – yang kononnya harga asal – tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan : pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.
Selebihnya, bolehla rujuk entry itu.
Rupa-rupanya betullah apa yang dikatakan oleh rakan kepada seorang rakan yang pernah bekerja sebagai Sales Assistant di salah sebuah Pasaraya terkemuka di Malaysia. Inilah katanya :
“Barangan Sales kebanyakannya adalah barangan yang telah lama disimpan dan hanya dikeluarkan semasa sales. Harga asalnya memang harga itu cuma ditambah label diskaun bagi mengelirukan pengguna dan mengaut keuntungan”
Anda fikir-fikirkanlah sendiri. Isteri saya selalu saja teruja dengan Sales ini ,almaklumlah kaum wanita, tapi bagi saya banyak Jualan Murah yang diragui i.e. produk yang muncul secara tiba-tiba, sebelum ini tiada pula di Pasaraya yang sama.
Pengalaman peribadi membeli baju kerja, harga beratus-ratus selepas diskaun jadi puluh-puluh. Yang ironinya, hampir setiap bulan saya singgah di Pasaraya itu, tidak pernah pula jumpa baju-baju itu? Di mana baju itu sebelum ini?
P/s : Tepuk dada, tanya selera. Berhati-hati dalam membeli dan Jualan Murah. Jualan Murah tidak semestinya murah. Jangan sampai penat berhimpit-himpit tapi rupa-rupanya tertipu dengan helah penjual.
P/s/s : Apa pula pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Berhati-Hati dengan Jualan Murah

Leave a Reply to Amir Izzat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.